Friday, 8 April 2011

Dendam dan kesakitan 2

Keesokan harinya.......
    Roshamira masuk ke dalam kelas seperti biasa. Seperti kebiasaannya, dia adalah orang terawal sampai di kelas. Kemudian, dia merasakan sesuatu yang aneh pada kerusinya. Nampak macam skru di kerusinya telah dilonggarkan.' Nasib baik aku perasan. Nanti tak pasal-pasal aku dapat penyakit. Aku tukar la dengan kerusi SJ. Hehe. Nanti dia akan jatuh. Biar padan muka dia. Hehehehe.' Roshamira mula terfikir untuk mengenakan SJ. Dia tersenyum puas.
    Pada hari itu juga, SJ terlewat bangun. Dalam keadaan tergesa-gesa, dia berlari ke sekolah. Tapi, dia tak mungkin sampai awal kerana SJ tak mampu berlari dengan laju. Badan berat sangat macam tu la.
    Ketika sampai di depan kelas, dia dapat melihat bahawa guru BM sudah mula mengajar. Dia masuk ke dalam kelas dan meminta maaf kepada guru yang mengajar kerana terlewat.
    Tidak sampai beberapa minit dia melabuhkan punggungnya, sesuatu bunyi yang amat kuat kedengaran. Kemudian, satu kelas dipenuhi dengan gelak ketawa. Apa yang sedang berlaku?
    Rupa-rupanya, SJ telah terjatuh kerana kerusinya patah. Dia mengaduh kesakitan. Kemudian dia menoleh  ke arah Roshamira. " Aku rasa la kan, SJ ni dah gemuk sangat sampai kerusi pun boleh patah. Lain kali, exercise la. Hahahaha," Roshamira mula menyindir. Kelas tersebut semakin gamat dengan gelak ketawa kerana apa yang dikatakan Roshamira amat melucukan. Roshamira memandang SJ dengan jelik dan mula ketawa persis seperti orang gila di Tanjung Rambutan.
    ' Bukan ke  sepatutnya Roshamira yang jatuh dari kerusi? Serasa aku, semalam aku dah longgarkan kerusi dia betul-betul. Takkan la dia perasan. Dia rilek je duduk atas kerusi tu. Siap jongket-jongket lagi. Mesti dia dah tukar kerusi dia dengan kerusi aku. Hish. Geramnya aku.' SJberfikir dan terlupa  yang dia masih duduk di atas lantai.
    " SJ, kenapa awak masih duduk di atas lantai? Nak sangat duduk atas lantai kan? Hah. Duduk kat situ sampai habis BM." Guru BM SJ memarahinya. Hati Roshamira bertempik puas. SJ berasa geram dan sebal. Ternyata lagi, rancangan dia untuk memalukan Roshamira gagal lagi. Dia sudah jatuh ditimpa tangga akibat kebodohannya sendiri. Kali ini, dia akan membuat rancangan lain dan memastikan rancangannya berjaya.

p/s: rupa-rupanya, SJ gagal lagi. agak2, rancangan seterusnya gagal tak? terus nantikan kemunculan watak2 lain yang bakal menggegarkan cerita ni. tggu ye!

2 comments:

  1. dh trkeluar plak..nme sbnr..

    ReplyDelete
  2. sumpah kelakar wehhhhh !!!
    apa kau ni ? demam ke ??
    budak kelas aku this year wehhhh . kah3 :D
    kelakar sangat !!!!!

    ReplyDelete

pendapat anda