Thursday, 7 April 2011

Dendam dan kesakitan

    SJ jatuh terduduk. Kelihatan di tepi, Roshamira tersenyum sinis. Kemudian tertawa persis seperti pontianak mencari mangsa. Dengan pantas SJ bangun. "Kenapa kau gelakkan aku?," SJ berkata dalam keadaan marah. "Aku ketawa sebab tengok orang yang tak sedar diri macam kau jatuh. Dah tu, susah nak bangun." Roshamira menyambung gelaknya yang terhenti dan berlalu pergi dari situ. 'Aku akan balas dendam.' Kata hati  SJ yang kini dipenuhi kesumat dendam.

Keesokan harinya....
  
    "Sorry sebab marah kau semalam," SJ berkata dalam nada menyesal. 'Ada yang tak kena ni. Mesti dia nak kenakan aku sebab semalam, aku dah malukan dia dengan buat dia jatuh. Lepas tu, gelakkan dia sampai orang lain pun gelakkan dia. Kau belum kenal aku, SJ.' Kata hati Roshamira yang penuh curiga itu membalas. "Sorry naik lori la. Nak minta maaf ye. Ni dia untuk maaf kau. Sesuai sangat untuk orang yang perasan kurus and annoying macam kau," Roshamira mengambil botol airnya yang berisi air milo lalu mencurah ke atas kepala SJ. Roshamira tersenyum puas. SJ terkedu. Ternyata, rancangan Johary gagal di situ. Dia berniat nak berbaik dengan Roshamira atas sebab ingin mengenakan Roshamira. SJ merancang yang dia akan berbaik dengan Roshamira dan membelanja Roshamira di kantin kerana dia tahu yang Roshamira amat gemar makanan percuma. Kemudian, dia akan meletak ubat yang membolehkan Roshamira mendapat cirit birit. Kebetulan, tandas agak jauh dari kantin. Jadi, Roshamira akan ..............
FAHAM-FAHAM JE LAH. Tetapi, rancangannya bukan sahaja gagal. Dia turut disirami air milo ke atas kepala oleh Roshamira. Nasib baik bukan milo panas. Kalau air masak yang dicuahnya, SJ  masih boleh bersabar. Tetapi, air milo yang dicuahnya. Habis bertukar warna baju sekolahnya.
    Terpaksalah SJ menukar pakaiannya. Nasibnya baik kerana dia membawa baju sukannya untuk kokurikulum pada hari itu. 'Takpe. Biar rancangan pertama tak berhasil. Aku akan balas balik dengan rancangan seterusnya. Hey. Aku pun licik la. Ada banyak lagi yang aku boleh buat. Hahahahaha!' SJ tersenyum sinis kerana dia yakin bahawa rancangannya kali ini akan berjaya dan dia akan dapat memalukan Roshamira..

p/s: nantikan cerita ini seterusnya. mampukah SJ membalas dendamnya pada Roshamira. tunggu esok ye! kepada sesiapa yang tahu spe SJ... diam2 sudah..

No comments:

Post a Comment

pendapat anda