Thursday, 30 June 2011

Dendam dan kesakitan 3

Roshamira bercadang untuk keluar berjoging pada petang itu. Roshamira dengan pantas menelefon Faqiha untuk berjoging bersama.. Mereka berdua tiba di Taman Tasik Titiwangsa tepat jam 5.. Mereka terus melaksanakan rancangan mereka pada petang itu.. Sedang mereka bergelak ketawa mengutuk SJ, Roshamira ternampak SJ sedang bersama rakan-rakannya bergelak ketawa. Tiba- tiba terdetik di hati Roshamira untuk memalukan SJ. Dia lantas berbisik pada Faqiha untuk rancangan mereka.. Mereka berpecah untuk mendapatkan barangan yang diperlukan untuk mengenakan SJ.

Dalam waktu yang sama. SJ sedang bersiar-siar bersama rakan-rakannya padahal rakan-rakannya berjoging.. (orang dah gemuk sangat sampai susah nk bawa perut) SJ akhirnya penat lalu berteduh di bawah sepohon pokok yang rendang. Dia menyeka peluh dengan menggunakan sapu tangan yang sering di bawanya ke mana-mana.

Sedang SJ duduk diam sambil merasai angin petang itu, SJ seperti terdengar suara orang berbisik dan ketawa secara perlahan. SJ tercari- cari dari mana datangnya arah suara tersebut. Dia seperti merasa sesuatu yang buruk bakal berlaku namun dia hanya mendiamkan diri. Rakan- rakannya pula tidak kelihatan di mana-mana. SJ mula berasa runsing. Tidak mungkin ada hantu di siang hari.

SJ merasa terpanggil untuk mendongak ke atas pokok. Tanpa amaran, seluruh badan SJ basah dan SJ terus tergamam. SJ terasa fikirannya melayang entah ke mana... Terasa badannya yang berat itu amat ringan sekali..  Zapp !! SJ kembali berpijak di bumi yang nyata. SJ mulai perasan keadaan dirinya yang telah basah.. Dia sedar bahawa terdapat banyak memandangnya dengan sinis.. Terdengar juga suara-suara hilaian persis orang sakit jiwa... SJ terkedu.

SJ kembali mendongak ke atas.. Ternyata, ADA orang di atas pokok.. Mereka sedang ketawa berdekah-dekah melihat reaksi SJ yang terkejut akibat disiram air.. SJ mengamuk..
    " WOI !! KENAPA KORANG KURANG AJAR SANGAT.. DAH LAMA HIDUP KE? APA MASALAH KORANG NI? AKU TAK KACAU KORANG PON HARI NI... AKU TANYA NI JAWAB LAH.. ROSHAMIRA !! FAQIHA !! JAWAB LAH.. KENAPA DIAM DAN TOLONG BERHENTI GELAK BOLEH TAK??!!!"
     " hahaha.. weh SJ.. best tak mandi free.. Nanti, bila kau balik rumah, kau tak payah mandi lagi. Aku dah sponsor air untuk kau.. Air terbaik tu... Aku cuma tak letak sabun je tu.. Kau sabun sendiri lah ye" Roshamira menjawab dan diikuti dengan hilaian tawanya.
     " Betul tu.. Mak kau pon tak payah bayar bil air lebih-lebih...hahaha.." Faqiha menyampuk.

SJ mulai meradang.. Dia mencuba untuk memanjat pokok tersebut tapi apakan daya nya, dia terlalu berat dan itu menyebabkan dia jatuh terlentang. Dia mencuba untuk kali kedua, namun tetap hasil yang sama.. Orang yang melalui di kawasan tersebut seakan-akan dapat melihat pertunjukan MAHARAJA LAWAK kerana mereka-mereka tidak berhenti-henti menggelakkan aksi SJ.. Sampai satu tahap, seorang dari 'penonton' terguling-guling kerana baginya, aksi SJ sangat melucukan.

Akhirnya, muncul rakan-rakan SJ yang pergi meninggalkan SJ sebentar tadi. Mereka muncul bersama setin air milo kegemaran SJ untuknya.. Mereka tergamam melihat peristiwa yang sedang berlaku... Mereka mula tergelak-gelak seperti kebanyakan mereka-mereka yang berada di tempat kejadian.. Beberapa detik kemudian, mereka tersedar bahawa SJ adalah kawan mereka.. Mereka pantas menenangkan SJ namun usaha mereka hanya sia-sia..

Dalam waktu yang sama, Afif, Adam dan Shamir melalui kawasan tersebut.. Pada mulanya, mereka menyangka bahawa terdapat pertunjukan badut di situ..Ternyata, mereka salah.. Mereka pun turut serta menggelakkan SJ.. Mereka mendapat satu idea yang tidak di sangka-sangka.. Segala gerak geri SJ dirakam oleh mereka bertiga.

Setengah jam pun berlalu dan sudah ramai penonton yang meninggalkan tempat kejadian.. SJ akhirnya boleh ditenangkan rakan-rakannya... SJ meninggalkan tempat tersebut dengan penuh kebencian dan sebal terhadap Roshamira dan Faqiha.. Dia juga merasakan dirinya amat bodoh kerana terlalu mengikut perasaan sebentar tadi.. Dia mengutuk dirinya dan semestinya Roshamira dan Faqiha lebih lagi...

Roshamira bertepuk tangan dengan Faqiha kerana berjaya memalukan SJ.. Mereka amat puas dengan segala yang telah berlaku.. Malam itu.. Mereka tidur dengan kepuasan..

p/s :  teruk betul lah.. SJ teruk dimalukan... seterusnya.. Nanti kn episod akan datang..

No comments:

Post a Comment

pendapat anda