Friday, 7 October 2011

berakhir sebuah pertemuan 1

“ cepat la sya oii. Kita dah lambat ni. Bukan ke kau tak suka pergi meeting lambat ? ish mak minah ni. Aku yg gelabah,” Myra membebel pagi itu dengan semangat sekali. Setelah dibebel sebegitu panjang, Maisara Alisya tetap tidak kelihatan di depan matanya. Setelah begitu penat menunggu di hadapan bilik Maisara Alisya, Myra terus membuka tombol pintu bilik Maisara Alisya.

“ YA ALLAH YA TUHANKU! Aku kejut dengan membebel kat depan tu punya la lama tapi si Sya ni langsung tak bangun.  Eh. Apahal pulak minah ni berkelubung dengan selimut?” ternyata Maisara Alisya demam panas. Dengan pantas, Myra menelefon Doktor Farah yang juga merupakan kakak kepada Maisara Alisya.

Myra terasa jarum jam berdetik perlahan sekali sedangkan demam Maisara Alisya semakin panas dan tidak kebah. Kelibat Doktor Farah belum juga sampai. “ adoii. Mana la Kak Farah nie. Aku dah la risau ni.”

*ting tong* Bunyi loceng pintu mula kedengaran. Dengan pantas Myra membuka pintu. Doktor Farah tiba dengan beberapa peralatan untuk memeriksa Maisara Alisya. Myra terus membawa Doktor Farah ke bilik Maisara dengan segera.

“laa. Demam adik kakak yang sorang ni tak ada la teruk sangat. Myra ni yang gelabah sangat.” Doktor Farah berkata sambil tertawa kecil. Doktor Farah mengemas peralatannya dan bersiap untuk pulang ke kliniknya yang diusahakannya sendiri.

“fuhh. Nasib baik kau tak ada apa-apa. Risau aku. Tapi kan, kenapa kau tak sahut bila aku panggil tadi?” soal Myra.
“aku nyahut la. Kau tak dengar kot. Suara aku ni mungkin perlahan sangat. Lagipon, semua orang tahu yang kau ni cepat gelabah.” Sebaik saja selesai berkata begitu, Maisara Alisya langsung ketawa. Ketawanya agak lemah kerana kesakitan. Terasa sumbang pula di halwa telinga Myra.

Maisara Alisya dan Myra diam. Mereka berdua mula melayan perasaan. Kesibukan mereka di pejabat sering menyukarkan mereka untuk melayan perasaan sebegitu. Terbayang di mata mereka kesibukan di pejabat juga semakin merapatkan hubungan mereka kerana harus kemana saja bersama. Jumpa client bersama, makan bersama bahkan mereka tinggal bersama!

Maisara Alisya yang tersedar dari lamunannya terus ingin berkata sesuatu kepada Myra tetapi tiada balasan. Walaupun telah memanggilnya beberapa kali, tetap tiada balasan. Maisara Alisya tahu bahawa sekali Myra melayan perasaan, menyergahnya adalah perkara terbaik. Memandangkan suaranya agak perlahan kerana sakit, Maisara Alisya mendapat satu idea.

“yes , i wil. I love you too!” Myra terus melatah. Maisara Alisya terus ketawa. Terasa seperti dia telah sembuh dari demam. Myra lantas memarahi Maisara Alisya. Dia benar-benar terkejut kerana secara tiba-tiba melayang sebiji bantal tepat pada mukanya.

“kau nak kahwin dengan siapa? Dengan anak VIP ye? Tak usah la kau berangan.” Maisara Alisya berkata lantas menjelirkan lidahnya.
“ mana ada. Aku Cuma teringin nak kahwin tapi tak ada calon. Lain la macam kau, walaupun tak ada la cantik sangat tapi, perghh. Semua lelaki cair dengan keayuan kau tu. Tak macam aku, rock habis.” Myra bergurau. Myra tahu, Maisara Alisya cantik. Walaupun tidak mempunyai bentuk badan seperti model tetapi, badannya yang sedang-sedang itu sedap mata memandang. wajahnya putih kemerah-merahan dan tidak dihinggapi walau sebutir jerawat pon. Rambutnya panjang mengurai dan ikal mayang terlitup dengan tudung. Maisara Alisya seperti muslimah sejati di hadapannya. Tidak pernah Maisara Alisya membaluti aurat sebaliknya menutup aurat.

Myra melihat pula pada dirinya. Kurus ala model. Wajahnya sama seperti Maisara Alisya. Putih dan tiada sebutir jerawat pun namun tidak kemerah-merahan seperti Maisara Alisya. Dia sedar dia kekurangan sesuatu iaitu menutupi aurat. Walaubagaimanapun, dia sedang mencuba untuk melindungi auratnya itu dari terlihat dari lelaki ajnabi.


“ kita terpaksa tangguh meeting kita dengan client kita lusa. Aku rasa, waktu tu kau mesti dah ok. Nasib baik betul tau. Dia memang tak dapat datang.” Myra mula berkata selepas menilai semula dirinya dan diri housemate nya itu.
“ Alhamdulillah. Hah, aku macam berdebar la pulak. Kenapa ye?” Maisara Alisya mula menceritakan apa yang dirasakannya sejak belakangan ini. “agaknya, tak lama lagi kau nak jumpa jodoh kot,” Myra mula mengenakan teorinya.

“tak ada maknanya la. Kau ni suka merepek tau.” Maisara Alisya serius dan ingin menamatkan perbualan mereka.


No comments:

Post a Comment

pendapat anda