Friday, 23 December 2011

sayang atau cinta

  Sayang dan cinta merupakan dua perkara berbeza. Dimulai dengan perasaan sayang, bercambah menjadi cinta. Kebiasaannya, kasih sayang ditujukan kepada ibu bapa, kaum kerabat, sahabat dan lain-lain. Definisi sayang itu sendiri universal. Boleh ditujukan kepada mana-mana pihak.

  Namun berbeza pula dengan perasaan cinta. Manusia mungkin mencintai pasangan mereka. Wajib pula bagi orang ISLAM untuk mencintai Allah, malaikat dan kekasihnya, Rasulullah. Mudah benar lidah berkata cinta tetapi hanya hati kita yang mengetahui kebenaran. Setiap insan mempunyai pandangan berbeza mengenai perkara ini :D

No comments:

Post a Comment

pendapat anda