Tuesday, 19 June 2012

MUNGKINKAH INI YANG TERAKHIR....

          Namaku Nur Amira Diyana binti Muhammad Umar. Hah! Namaku sedap di dengar bukan? He he he. Aku tahu, nama korang mesti lagi best. Ada aku kesah? Papa dah bagi nama yang terbaik untuk aku la. Aku bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku ada nama tau.
          Hobi aku menulis cerpen dan puisi. Eh. Aku juga suka membaca novel tau. Lagi-lagi novel hasil karya Siti Rosmizah. Tangkah leleh tau novel dia. Aku ni, tak sah kalau tak menangis bila baca novel yang sarat dengan penderitaan si watak utama. Heyyy. Dah kalau aku ni dramatik, sabar aje la.
          Kali ni, aku bukan nak cerita kisah aku dan keluargaku. Tapi kisah cinta aku. Kalau aku cerita pasal keluarga aku pun mesti korang bosan. Aku suka merepek. Back to our story….
          “Along! Dah la tu online facebook!” Mama dah mula membuka kitab. Alamakkkk. Bukan kitab Al-Quran tapi kitab bebelan dia. Aku tak sanggup nak dengar!
          “Ye ma. Kejap eh. Along bukan online la.” Dengan suara yang perlahan dan muka yang sengaja dimasamkan, aku cuba meraih simpati. Bukan simpati apa, simpati suruh mama kesayanganku ni menamatkan bebelan. Mama tu sekali dah start membebel, mana reti berhenti. Laju macam kereta api. He he he. Tak baik mengutuk mak sendiri.
           “Ada je nak menjawab. Kang mama tak bagi berukband tu baru along tahu. Tak payah buat muka seposen. Berlakon je kerja.”
           Aku mulai ketawa. Ada ke berukband? Ha ha ha! Itu la mama, orang suruh masuk kelas komputer tak mahu. Katanya nak tumpu pada anak-anak je. Kan dah salah sebut.
          “Yang along gelak lagi kenapa? Salah ke mama sebut? Baik along pergi mandi pastu solat sebelum mama tunjuk taring!” Mama dah mula nak naik angin tu. Cabuttttt ! “Eh lari pula budak bertuah tu. Nasib baik anak aku. Pening sungguh aku.”



          Aku ni nakal dan manja tau. He he he. Tu yang semua sayang aku. Sayang la sangat ye. Hari-hari kalau tak buat orang marah memang tak sah. Tapi sebab aku selalu minta maaf, semua sejuk hati dengan aku. Korang pun kena ingat, selalu minta maaf la kat mak ayah. Kita pun tak tahu bila kita nak mati. Buatnya tak sempat minta ampun, no comment la.
          Aku lupa nak bagitahu, aku ni gila facebook plus blogging. Seperti biasa, tanpa mengendahkan bebelan mama, aku pun mula online.
         Facebook ni kan, suka sangat letak people you may know. I don’t know la. ha ha ha ! gila la aku bercakap dengan laptop ni. perangai yang sungguh gila-gila. Alamak! Tertekan add la pulak. Ish! Nak cancel ke tak ek. Biar aje la. Berkawan biar beribu, bersuami biar satu! Mengarut aje kerja aku sejak dikenalkan dengan facebook.
         Walawey! Kejap gila dia dah approve aku. Kaki online macam aku la agaknya. Sedap aje aku mengata orang. Yang kaki online tu diri sendiri lagi mahu lagi mengata orang. Maafkan saya ye Mohamad Amirul Qusyairi.
          Baru aku perasan. Amira? Amirul? Ewahh. Kemain lagi nama nak dekat sama. Mira dan Mirul. How sweet. Gatal betul aku ni ye.
          Jom la kenal dengan dia.
Me : hai! Thanks approve ye.
Amirul : hai! You’re welcome. Awak nie boleh tahan comel ye. Hehe.
Me : boleh tahan apa nya, saya mmg dilahirkan comel. Hoho. Perasan kejap J
Amirul : alahhh. Awak perasan tak apa. memang comel.
Me : hahaha! Awak ni belum pernah jumpa saya. Don’t judge a book by its cover la.
Amirul : yelah. Tak salah kalau kita memuji kan?
Me : mmg tak salah. Sbb masih belum ada akta tu. Hehe
Amirul : awak ni ada sense of humor la. saya nak kenal awak dgn lebih dekat.

          Malam tu, celoteh aku memang menggembirakan dia. Nampak macam dia boleh ngam dengan aku. Kira okay la kan. Aku rasa selesa bila dengan dia. Hehe. Ada peluang untuk aku cari pakwe baru. Yeayyy! Aku rasa aku pasti akan sukakan dia tak lama lagi…..




            Hari ni, aku sibuk menaip untuk cerpen aku. Cerpen aku semuanya ada terselit perkara yang pernah berlaku dalam hidupku. Aku cuma mengolahnya sedikit agar kelihatan menarik di mata pembaca. Cehhh. Macam orang dah banyak pengalaman je ye.
            Aku tak sangka, lelaki pun ada juga yang suka baca cerpen aku. Hah siapa lagi kalau bukan Mohamad Amirul Qusyairi. Selalu la dia tanya aku pasal cerpen aku. Katanya, dia suka yang jiwang, bukan romantik! Cehh! Menyampah lak aku.
           Untuk cerpen yang terbaru ni, aku belum bagitahu Amirul. Tunggu siap dulu la. Kang dia bising lak sebab aku suka melambatkan proses menyiapkan cerpen. Lepas tu, sibuk marah aku sebab tak nak update cerpen baru. Heyy. Aku perlukan ketenangan la sayang. Ehhhh? Sayang? Aku jujur kat korang eh.
           Nur Amira Diyana loves Mohamad Amirul Qusyairi! Itulah kenyataannya. Aku dah mulai menyukainya. Dia baik padaku. Tak salah bukan, menyukai seseorang. Bukan aku buat benda tak elok pun. Tapi, aku simpannya di dalam hati. Malu la nak bagitahu.
           Kadang-kadang, aku terfikir juga nak bertanya kepada Amirul. Dia dah berpunya ke belum. Tapi, rasa malu yang begitu menebal membatalkan hasratku yang ini.
            Pasti menghairankan, sebab aku tak pernah menelefonnya, jauh sekali berjumpa dengannya! Cinta muka buku kut. He he he. Aku ni dah terpengaruh dengan Najwa Latiff agaknya. Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku….. lalala… ish aku ni. Nak menyanyi la pula. Nasib baik tak ada orang dengar. Buat malu je >.<
            Bila dah mula mencintai, semuanya indah belaka. Puisiku sekarang benar-benar menggambarkan bahawa aku sudah jatuh cinta. Sedarkah Amirul tentang perkara ini. Ah! Mana mungkin. Sehingga kini, aku masih merahsiakan perasaanku.




          Kini, telah dua bulan berlalu sejak salam perkenalan aku disambut Amirul. Jangan tak percaya. Aku mengenalinya selama sebulan dan aku terus jatuh cinta. Mungkin kerana dia yang menghormati diriku. Tak pernah sekali dia berkasar denganku.
         Hari ini, aku dipelawa Amirul untuk keluar bersama. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku membawa Aliya bersama. Zaman ini, manusia bukannya boleh dipercayai. Walaupun aku mula menyukainya, aku masih perlu menjaga batas pergaulan.
        Lagi dua jam, aku akan bertemu dengannya. Bagaimana agaknya rupanya yang sebenar ye. Walaupun dia meletakkan gambarnya sendiri di facebook, aku pasti bahawa wajahnya pasti sedikit berbeza apabila bertentang mata.
        Baju yang sedikit labuh berwarna pink dan longgar aku padankan dengan seluar jeans yang mengikut bentuk berwarna putih. Tudung berwarna pink aku kenakan di kepala. Pinky girl la aku hari ni. hu hu hu. Aku yang sememangnya anti-makeup hanya memakai lip gloss. Takkan la tak nak nampak berseri pada pertemuan pertama.
        Berdebar pula rasa di dada ni. Gementar sangat. Setelah meminta izin ibu bapaku, aku pergi menjemput Aliya. Walaupun sudah berumur dua puluh satu tahun, aku masih begini. Sentiasa meminta izin mereka walau kemana jua aku ingin pergi. Anak mithali la katakan. He he he. Perasan!
       Dengan alasan bosan di rumah gara-gara cuti semester, aku mengatakan bahawa aku ingin bertemu rakan. Mereka tidak banyak soal untuk memberi keizinan padaku. Mungkin mereka tahu bahawa aku pandai menjaga diri. Di rumah sewa, aku jarang-jarang sekali keluar. Terlalu sibuk dengan assignment. Walaupun begitu, aku masih mampu melayan perkara yang menjadi kegilaanku. Semestinya facebook plus blogging!
       Aku dan Aliya menanti Amirul di dalam old town white coffee restaurant. setelah membuat pesanan, aku menanti Amirul dengan penuh sabar. Aku yang terlalu awal agaknya. Aliya sudah mulai merungut kerana dia tidak suka menunggu. Agaknya, kerana itulah dia sering sampai tepat pada waktunya. Tidak cepat tidak pula lambat. Bagaimana agaknya dia mengurus waktu ye?
       Baru sahaja aku ingin membuka mulut kerana bengang dengan kelewatan Amirul, dia muncul seorang diri. Eh? Bukan seorang diri tetapi bersama seorang teman. Wahh! Kira double date la kan. Untung la Aliya. Dia pun bukannya ada kekasih lagi. Aliya mengerutkan dahinya. Pastinya hairan kerana aku mengatakan bahawa Amirul keseorangan. Aku hanya tersengih sambil menjongketkan bahu tanda tidak mengetahui apa-apa.
       “Sorry I’m late my beautiful lady. Tunggu budak ni hah. Lambat mengalahkan perempuan,” ujar Amirul mengenai kelewatannya.
       “Wei, bukan kau tertidur ke tadi? Kau heret aku pun nak cover je kan?” bisik rakannya namun dapat didengari aku dan Aliya. Aku ketawa kecil.
          Amirul nampak gayanya hairan dengan tawaku. “Kenapa gelak ni? ada yang Mirul tak tahu ke Mira?”
          Aku hanya menggelengkan kepala. Tak sangka ye. Mirul ni walaupun tak ada la handsome mana tapi ada lesung pipit. Aku ni mana boleh tengok lelaki ada lesung pipit. He he he. Rasa macam aura gatal aku nak keluar je. Ishhh. Mana boleh. Control ayu, control. Rasa macam makin jatuh cinta la pulak. Waaaa!
          Aku mulai berangan sendiri. Perangai aku yang satu ni dah lama ada. Kadang-kadang memang tak boleh control. Macam sekarang ni la. tak sedar aku sedang ‘dating’ dengan pujaan hatiku.
          Aliya yang dah sedar ‘penyakit’ aku yang sudah datang tu, mula memancarkan senyuman yang penuh misteri yang hanya diketahui olehnya. Dengan satu cucukan di pinggangku, cukup untuk membuka tirai latahku. Alamak! Malunyaaaa!
          Mujur tiada perkataan pelik keluar dari mulutku. Aku terus beristighfar sambil mengurut dada. Setelah itu, aku menumbuk perlahan bahu Aliya. Geram. Bila aku toleh ke hadapan, ternampak muka Amirul dan rakannya tersenyum memandangku. Alahai! Muka aku yang cerah ni pasti sudah bertukar kemerahan. Hu hu hu. Mujur latahku tidak kuat. Kalau tidak, mahunya satu restoran ni gelakkan aku.
            “Opss, lupa nak perkenalkan diri. I’m Zulhelmi. Orang selalu panggil Mie je. Nak panggil ‘mine’ pun boleh,” rakan Amirul memperkenalkan diri sambil cuba mengusik Aliya. Padan la diorang berdua ni. Suka mengusik orang.
              “Ha’ah kan. Panggil ‘mine’. Lepas tu panggil ‘main’. Main apa tau. Main gate,” ujar Aliya bersahaja. Aku dan Amirul sudah mulai ketawa. Main gate pun jadi la Aliya oii.
               Pertemuan aku dan Amirul pada kali pertama itu menjadi kenangan aku sehingga hari ini. Tatkala mengingatinya, hatiku pasti merintih.
               Aku hanya melihat Aliya dan Zulhelmi bertukar nombor telefon. Aku hanya beriak biasa walaupun hatiku terselit rasa cemburu. Amirul tidak meminta nombor telefonku. Aku menyedapkan hati dengan mengatakan bahawa mungkin dia tiada telefon. Hey saudari. Yang dia duk bermesej guna blackberry bold tu apa. Aku menukar persepsi dengan menganggap dia terlupa atau segan.
            Pertemuan kami pada hari itu berakhir setelah kami puas berbual. Aku hanya mampu memandang Amirul sehingga kelibatnya hilang dari pandangan.



            Malam itu, aku tersenyum sendiri. Aku tidak banyak bercakap ketika pertemuan tadi. Rasa malu masih menebal dalam diriku. Hilang sudah sifat nakal dan manjaku. Masih malu gitu. Hu hu hu.
           Arghhh! Kenapa aku bagai terlihat wajah Amirul di mana-mana? Baru sekejap, aku sudah terasa sasau. Sebelum ini, aku pernah juga merasa sebegini tetapi tidak seteruk ini. Memang Mohamad Amirul Qusyairi bukan yang pertama namun aku mengharapkan agar dia yang terakhir.
            Aku mengharapkan agar dia tidak akan sekali-kali menyakiti hatiku yang luhur mencintainya sama seperti mereka-mereka yang sanggup menyakiti hatiku sebelum ini. Rasanya amat sakit sehingga ke segenap nadiku.
            Setelah menenangkan diri, aku mula menghidupkan laptop kesayanganku. Facebook dibuka. Login!
             Notification yang banyak seperti biasa. Sedang aku sibuk menyemak status rakan-rakanku, aku disapa seseorang. Amirul!

Amirul : Hai, assalamualaikum mira J
Me : hai mirul. Waalaikumussalam. Huhu. Yes?
Amirul : saje. Rindukan mira la. you look so beautiful today.
Me : erkkk. Hahaha. Main2 lak mirul nie.
Amirul : yes dear. Mirul tak gurau.
Me : huhu. Mirul busy ke?
Amirul : tak pun. Mira… can I ask you something?
Me : yes?
Amirul : kenapa tak banyak cakap eh tadi? Selalu bila chatting, ada je yg mira
             Nak celotehkan. Mirul teringin nak tgk.
Me : hehe. Mira segan. Tak apa. Lain kali kita jumpa, mira jadi diri mira.
Amirul : I’m waiting for that moment dear…. J


           Aku menjadi diriku? Kang ada yang tak mahu bertemu denganku. Nakal aku ni bukan sikit-sikit. Aliya sampai menggelarkanku “monster kecik”. Geram aku. Ada ke patut disamakan aku dengan raksaksa. Kecik pulak tu. Mentang-mentang la aku ni pendek. Badan tak ada la ramping mana pun. Orang kata apa ye? Chubby gitu.
           Dan seperti malam-malam sebelumnya, aku dan lelaki pujaanku terus berbual sehingga mataku sudah tidak larat untuk terus berjaga.



           Seminggu selepas pertemuanku dan Amirul, aku disuruh mama untuk membeli barang untuk membuat kek. Katanya, papaku yang teringin kek hasil dari air tangannya. Masakan mama memang terkenal di sekitar kawasan perumahanku. Pernah sekali aku bertanya mama, apa rahsia masakannya begitu sedap.
            Kata mama, setiap resipi dari masakannya sama sahaja seperti orang lain. Aku hairan. Rasanya sungguh berbeza. Bagiku, walaupun resipinya sama, namun rasanya berbeza mengikut tangan yang menyediakannya. Ternyata keikhlasan dan kasih sayang menjadi ‘resipi rahsia’ mama selama ini. Patutlah papa jarang-jarang sekali mengajak kami makan di luar.
            Jika aku berada di rumah sewa, aku terpaksa memasak sendiri kerana Aliya tidak begitu mahir memasak. Akulah yang terpaksa menggalas tugas memasak. Aku memasukkan ‘resipi rahsia’ yang diajar oleh mama dan ternyata aku berjaya. Ada juga yang puji masakan aku ni. Ada peluang la aku nak jadi chef ye. He he he.
           Sampai sahaja aku di pasaraya yang terdapat dalam sebuah pusat membeli belah, aku mula mencari bahan yang diperlukan. Aku yang keseorangan menjadi leka memilih barangan.
          Dumm! Bahuku berlanggar dengan seseorang. Aku terpegun melihat kecomelan si gadis. Sedangkan aku yang wanita ni pun terpegun, tak tahulah kalau lelaki yang memandang. Yang aku pasti, bentuk tubuh dan ketinggiannya hampir sama denganku. Bentuk tubuhnya sesuai sekali dengan wajahnya itu. Wajahnya putih bersih dan aku pasti, apabila dia tersenyum, dia bakal membuat dunia turut tersenyum. Yang menambah rasa terpegunnya aku adalah jejaka di sebelahnya. Macam pernah aku tengok. Tapi di mana ye? Hu hu hu.
          “Hoi saudari. Yang kau tenung aku macam tu kenapa? Macam tak pernah tengok aku je. Opss,” teguran Aliya mematikan lamunanku. Hah. Itulah perasaanku setiap kali terpandang Aliya.
           “Saje. Biasalah. Kau kan selalu memikat hati aku ni,” ujarku sambil tersengih. Mataku masih tidak berkalih dari jejaka di sebelahnya. Siapa ye?
            “Hai Mira,” jejaka di sebelah Aliya menegurku. Aikkk? Macam mana la dia boleh kenal aku ye? Mesti dia kenal aku ni. aduhhh. Kenapa memori aku ni tak boleh nak ingat siapa dia.
             “Erm. Kejap-kejap. Ni siapa Liya? Macam aku kenal. Tapi siapa?” aku bertanya sambil cuba mengingati lagi.
             “Helo cik kak. Ni kan Mie. Zulhelmi. Kawan Mirul,” Aliya memperkenalkan Zulhelmi semula.
             “Iya la. Sorry. Maafkan Mira eh Mie. Otak ada blurr sikit. Terlebih belajar kut,” aku meminta maaf dan terus tertawa kecil.
             “Erm. Korang ni pun terserempak ke? Tengok gaya, sah tengah dating. Tapi dalam banyak-banyak tempat, pasaraya jugak jadi pilihan korang. Dah habis tempat ke dalam Malaysia ni? Ke korang tak reti nak cari tempat untuk dating?” sempat aku menyindir merpati dua sejoli tersebut.
             Belum sempat Aliya membuka mulut, aku sudah angkat kaki. Malas la nak kacau orang dating. Lagi satu, aku takut jugak dengan permaisuri ketam tu. Kang kena cubit, tak pasal-pasal. Tak apa. Lain kali aku korek cerita gossip sensasi ni.

            

          Aduii. Peritnya tekak aku. Tanda-tanda nak demam la ni. Tak nak la makan ubat. Bukan sedap pun. Ada yang macam orang bunting sulung karang. Muntah pulak. He he he. Perangai aku yang tak suka telan ubat la membuatkan mama dan papa selalu bising. Dah tua bangka pun takut makan ubat lagi. Apa nak jadi la dengan aku ni.
          Menjelang tengah  hari, kepalaku mulai sakit. Mata seakan berpinar. Pada mulanya, aku ingin meminta mama dan papa menghantarku ke klinik. Namun, aku teringat bahawa aku keseorangan di rumah. Mereka bersama adik-adikku telah keluar untuk menghadiri satu majlis di rumah sepupu ibuku.
          Aku mengambil keputusan untuk ke klinik berhampiran sendiri. Aku menahan teksi lalu memboloskan diriku ke dalam. Apabila aku sampai di sebuah traffic light. Aku melihat pemandangan di luar. Perkara biasa dan sama sahaja di bandar. Apa yang menarik perhatianku adalah satu pasangan di dalam sebuah restoran. Jejaka tersebut seperti seseorang yang aku kenal. Amirul? Dan dia bersama seorang gadis yang ayu.
          Aku menggosok mataku berulang kali. Baru sahaja aku ingin melihat mereka sekali lagi, teksi yang membawaku meluncur laju. Aku menenangkan diriku dengan menganggap mataku tersalah lihat. Think positive Mira!
          Namun aku tidak dapat menahan air mataku dari terus mengalir. Hatiku sakit. Aku menyeka air mataku dan beriak biasa. Kepalaku makin sakit. Sesampainya aku di klinik tersebut, pandanganku menggelap dan aku mengingati apa-apa lagi.



           Aku cuba membuka mata. Namun terasa payah benar. Kepalaku masih sakit. Eh? Aku di mana? Aku cepat-cepat ingin bangun namun aku ditahan seseorang.
           “Tadi bukan aku kat depan klinik ke? Adoii. Sakitnya,” aku bertanya lebih kepada diri sendiri sambil memegang kepalaku.
           “Awak memang ada kat klinik sekarang ni. Tadi awak pengsan. Saya doktor kat sini,” ujar lelaki yang menahanku dari bangun tadi.
           “Oh. Susah kan doktor je. Entah kenapa. Kepala ni sakit sangat. Selalu tak ada la pulak macam ni,” ujarku perlahan. Aku langsung melihat jam di pergelangan tanganku. Alamak! Dah lewat. Dah pukul 6 petang. Lama la aku pengsan. Aku sampai sini dalam pukul 3 rasanya.
           “Dah memang tugas saya untuk membantu pesakit. Awak bernasib baik sebab hari ni tak ramai orang. Saya boleh tumpu pada awak,” ujar doktor tersebut sambil tersenyum.
           “Saya perlu balik. Ubat nanti saya ambil di kaunter ye,” aku cuba bangun sekali lagi namun aku masih tidak mampu bangun.
           “Dah. Biar saya hantar awak balik. Awak belum betul-betul kuat lagi. By the way, saya Doktor Ameerul,” ujarnya memperkenalkan diri.
           “Doktor Ameerul, saya boleh balik sendiri. Erm. Nanti mama papa saya risau pulak. Alamak! Saya lupa pulak bawa phone”
           “Jangan degil. Biar saya hantar awak balik. Ke awak nak saya dukung awak? Ish. Saya boleh call ambulance jugak,” ujarnya sambil tersengih.
           “Yalah. Doktor hantar. Nama saya…” belum sempat aku sempat memperkenalkan diri, dia sudah menyampuk.
           “Amira kan? Tu kad pengenalan awak. Saya yang ambil masa nak periksa awak tadi. Mesti la nak kena daftar kan. Maaf ambil tanpa kebenaran,”
           “Oh. Tak apa. Jom la doktor. Kata nak hantar saya,” ujarku sambil tersenyum manis buatnya. Cewahh. Manis konon.
            Hatiku rasa berdebar melihatnya. Kencang sekali. Bergetaran hatiku melihatnya sejak mula melihatnya tadi. Ah, aku tidak pernah merasakan ini semasa bertemu perempuan lain. Inikah cinta? Hati Doktor Ameerul mula berkata-kata.
            “Doktor? Yuhuuuu! Dah tersampuk penyakit berangan saya ke?” aku mengusik doktor tersebut yang aku kira masih muda.
            “Eh. Ye ye. Jom saya hantar. Rumah awak kat mana?” tanyanya. Mungkin untuk menyembunyikan kekalutannya.
             “ Rumah saya kat Pandan Jaya. Rumah teres banyak-banyak tu. Nanti saya tunjuk jalan”
            Oh tidak. Dia tersenyum lagi. Andai saja aku tiada keimanan di dada. Pasti aku sudah memastikan dia berada di dalam pelukanku. Amira oh Amira. Kata Doktor Ameerul di dalam hati lalu memapahku ke dalam keretanya.
            Sepanjang perjalanan, aku hanya diam dan sesekali bersuara apabila dia bertanya arah jalan. Dia terkejut kerana ternyata rumahnya berada di kawasan perumahan yang sama denganku. Katanya, dia baru berpindah sebulan yang lepas.
           Mujur orang tuaku belum pulang. Kalau tidak, habis la aku kena bersoal jawab. Dengan muka yang pucat lepas tu pulak ada lelaki yang baik hati membantuku. Doktor tadi tu ada lesung pipit la. Kedua belah pipi pulak tu. Nasib baik Amirul dah bertakhta di hatiku. Nama mereka sama, ejaan berbeza dan perangai turut berbeza.
           Doktor Ameerul baik dan sopan. Degil juga dia. Tapi boleh pulak aku ikut je cakap dia. Pelik-pelik. Amirul pun baik tapi bab sopan tu ada ke ek? Amirul pandai berjenaka dan suka membuatku tersenyum. Dia juga punya lesung pipit tapi tak jelas. Perlu diperhati betul-betul baru boleh dilihat.
          Tiba-tiba aku teringat perkara yang aku lihat ketika berada di dalam teksi tadi. Aku mula berfikiran positif seperti biasa. Aku pun melelapkan mata usai mandi, makan dan menelan ubat yang aku benci itu.


      
          Tentang aku pengsan di klinik, aku rahsiakan dari semua. Tak pasal-pasal diorang seret aku pergi hospital. Ish. Alergik la aku dengan tempat macam tu. Kalau dibuatnya aku kena tahan, kena la aku makan makanan yang tak sedap. Lepas tu jumpa hantu. He he he. Terpengaruh dengan filem ni.
           Sepanjang hari, aku hanya berehat di dalam bilik. Fikiranku menerawang kepada Aliya dan Zulhelmi. Tak sangka ye. Baru kenal seminggu lebih, mereka dah pun mula rapat. Cinta pandang pertama kut. Aliya pun tak pernah bercinta. Aku kira dia pasti senang dengan kehadiran cinta yang bakal mengisi kehidupannya yang kosong.
           Entah kenapa, aku tiba-tiba teringin ke Tasik Titiwangsa. Aku ingin bersendirian. Berada di dalam rumah pun membosankan. Demamku juga sudah mulai kebah. Aku meminta izin mama seperti biasa dan menunggang skuterku.
           Tibanya aku di Tasik Titiwangsa, tercari-cari tempat yang sesuai untuk memakirkan skuterku ini. Setelah berjaya meletakkan skuterku, aku terus berjalan di sekitar tasik tersebut.
            Aku baru sahaja ingin melabuhkan punggungku di kerusi yang disediakan bila mataku terpandang ke sisiku. Kelihatan pasangan yang amat mesra. Melihat inai yang ada merahnya di tangan si gadis, aku kira mereka masih baru berkahwin. Aku membayang diriku dan Amirul di posisi mereka. Alangkah bahagianya.
             Aku teringat bahawa sudah dua hari aku tidak online kerana aku jatuh sakit. Apa khabar si dia agaknya. Sedang aku asyik melayan lamunan, mataku tertangkap satu lagi pasangan yang sedang asyik bergurau senda sedang berjalan. Mereka pasti tidak perasankanku kerana sebaik sahaja ternampak mereka, aku menyembunyikan diri di sebalik pokok.
             Air mataku mengalir dengan deras. Aku hanya mampu bersandar di belakang pokok. Jejaka tersebut adalah Amirul! Dan gadis di sebelahnya adalah orang yang sama aku lihat di restoran.
             Aku mengintai kelibat mereka sekali lagi. Ternyata pandangan mataku tidak menipu. Mereka amat mesra. Kelihatannya, mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain. Ya ALLAH! Ujian apa yang sedang kau beri ini?
             Aku lantas pergi dari situ dengan hati yang membengkak. Air mata kubiarkan meleleh di pipi. Hatiku bagai dihiris sembilu. Bodohnya aku kerana tidak pernah bertanya status Amirul.
             Aku mencapai skuterku dan berlalu dari situ. Dalam perjalanan pulang, hujan turun dengan lebat seperti turut menangisi nasibku. Aku berhenti di tepi jalan dalam keadaan hujan sebegitu.
             Aku lupa yang aku baru sahaja kebah dari demam. Aku menjerit sekuat hati di situ. Aku turun dari skuterku dan aku jatuh terduduk. Tidak banyak kenderaan yang lalu lalang. Mungkin mereka menyangka skuterku rosak.
            Aku terus menangis. Aku agak lama juga aku dalam keadaan sebegitu. Aku tidak mampu untuk berdiri kerana aku merasa amat lemah. Entah kenapa tiba-tiba aku merasakan tiada lagi hujan yang membasahi diriku.
           Aku mendongak ke atas. Aliya sedang memayungi diriku. Terpancar wajahnya yang kegelisahan. Dia duduk dan terus memelukku. Aku yang sememangnya memerlukan seseorang lantas membalas pelukannya.
           Kepalaku mulai sakit. Aku meminta Aliya untuk menghantarku pulang. Zulhelmi yang kebetulan bersama Aliya bersetuju untuk membawa skuterku. Katanya, tidak mengapa dia berhujan. Dia kasihan melihat mukaku yang sudah pucat.
           “Bawa aku pergi rumah sewa kita. Aku tak nak mama tengok aku macam ni,” ujarku perlahan. Mereka mengangguk dan aku dibawa ke rumah sewaku.

         

          “Sebenarnya aku nak pergi rumah kau. Bila ternampak kau kat tepi jalan dalam keadaan macam tu, aku terus suruh Mie stopkan kereta,” ujar Aliya bila aku bertanyakan bagaimana dia menjumpaiku.
           Kesedihanku datang bertandang semula. aku menangis semahu-mahunya di bahu Aliya. Zulhelmi pula sudah pulang. Aku menceritakan segala yang aku lihat kepada Aliya.
           Yang mengejutkan aku lagi adalah Aliya sudah pun mengetahui hal ini. Katanya, dia baru mengetahui hal ini pagi tadi. Itu pun secara tidak sengaja.
           “Diorang tu dah nak kahwin pun sebenarnya. Aku nak pergi rumah kau pun sebab nak bagitahu hal ni. Tak sangka yang kau dah pun tahu,” Aliya berkata perlahan.
           Aku menarik nafas dan menghembus perlahan. Aku cuba menenangkan diri. Ya ALLAH! KAU berikanlah kekuatan padaku. Doaku di dalam hati.
           “Liya,mana skuter aku? Aku nak balik. Aku tak nak mama papa risau. Dah lama jugak aku keluar rumah ni. Kang ada pulak report polis tak pasal-pasal,” ujarku tegas.
            “Err. Skuter kau ada kat luar. Mie dah tolong hantar. Kau okay ke tak ni?” kelihatannya Aliya serba salah denganku.
             “Aku okay la. Jangan risau. Aku nak tanya ni. Apa hubungan kau dengan Mie? Baru jumpa beberapa kali kan,” aku cuba menukar topik. Untuk apa aku terus bercerita mengenai hal yang melukakan hatiku lagi. Aku hanya mampu tersenyum hambar.
             “Kitorang memang la baru beberapa kali jumpa tapi hujung minggu ni aku nak bawa dia jumpa parents aku. Kira kitorang dah mula serius. Dia tak nak bercinta sebelum nikah. Dia cakap dia ikhlas padaku,” ujar Aliya malu-malu.
             “Untung jadi kau. Dia ikhlas nak memperisterikan kau. Tapi aku? Ternyata dia sudah pun dimiliki sebelum aku sempat aku mencuri hatinya. Lebih malang, hatiku juga dia curi,” tanpa sedar air mataku jatuh ke pipi lagi. Aku pantas menyeka.
              Dengan pantas aku mencapai helmet dan kunci skuterku dan berlalu pergi dari rumah sewa itu. Hujan sudah reda. Aliya tergamam dan hanya mampu melihat kelibatku sehingga hilang dari pandangan.



           Sampai sahaja di rumah, aku terus masuk ke dalam bilikku. Aku cuba melupakan apa yang berlaku. Mungkin ini semua hanya khayalanku semata-mata. Aku melihat diriku di cermin dan tersenyum. Mataku sedikit bengkak. Teringat kata pakar motivasi bahawa jika kita tersenyum di hadapan cermin, dengan sendiri kita akan tersenyum dengan ikhlas.
            Aku terus menghidupkan laptopku. Aku langsung online hanya sekadar untuk menyemak notification seperti biasa. Dan aku disapa orang yang aku cintai.
Amirul : Mira! Assalamualaikum J
Me : waalaikumussalam. Ye mirul.
Amirul : Are you okay? Dah beberapa hari Mira tak on9. I miss you L
Me : Mira kurang sihat. Miss me? What about your future wife?
Amirul : Mira tahu pasal Aisyah? Siapa yang bagitahu?
Me : So, nama dia Aisyah. I saw both of you just now. Tasik Titiwangsa?
Amirul : owh. Aisyah yang teringin nak pergi situ.
Me : Do you really love her?
Amirul : Of course. But I love you too…….
          Mohamad Amirul Qusyairi turut cintakan aku? Tak semena-mena air mataku jatuh berguguran lagi. Berani dia mengungkap kata cinta padaku sedangkan dia mengaku dia mencintai Aisyah. Ya ALLAH! Cubaan apa yang KAU cuba berikan padaku?     
          Padan sahaja dia pernah bertanya pendapatku mengenai madu. Rupanya dia ingin memadukan aku dan juga kekasihnya. Mana mungkin aku melakukan itu! Aku tak akan pernah menjadi orang ketiga dalam hubungan siapa pun!
Amirul : Mira….
Me : ye.. lawak apa yang Mirul nak buat ni?
Amirul : I’m serious. I love both of you. Mirul tak sanggup nak hilang keduanya.
Me : stop it Mirul! You’re hurting me!
Amirul : I know that you love me too. Admit it Mira…
Me : impossible! Mira takkan pernah cintakan orang yang dah berpunya!
Amirul : tapi, mira baru tahu hal ni hari ni.. jangan menidakkan perasaan Mira.
          Dia tahu perasaanku. Air mataku mengalir deras. Oh tidak! Mana mungkin merampas milik orang. Biarlah aku mengundur diri sebelum hatiku semakin terluka.
Me : no, I don’t love you!
Amirul : I believe you’re just lying..
Me : Mirul.. dah la. Aisyah lebih perlukan Mirul. She deserves you more.
Amirul : from your words, I believe you love me.
Me : okay! Mira mengaku! Mira cintakan Mirul… Tapi Mirul kena lupakan Mira.
          Aku terpaksa mengaku kerana aku sudah terikut emosi. Aku menekup mulut kerana tidak menyangka aku menaip sebegitu. Aku sendiri yang memintanya melupakanku. Mampukah aku hidup tanpanya? Pastinya boleh. ALLAH akan sentiasa bersamaku walaupun aku berpisah dengan Amirul.
Amirul : what?! Are you kidding me? Mustahil untuk Mirul lupakan Mira…
Me : tak ada perkara yang mustahil. I’m just gonna do the same thing.
Amirul : tak boleh la Mira…
Me : dah! Dah lewat malam. Mira nak tido. Bye. Assalamualaikum…
Amirul : waalaikumussalam.
           Aku hanya go offline padanya. Aku terus membuka profile miliknya. Buntang mataku melihat apa yang di post Amirul. Sebuah lagu yang berjudul ‘Di Sana Menanti Di Sini Menunggu’. Status yang ditulis adalah ‘inilah situasiku saat ini’.
          Aku hampir saja meraung. Apa benar dia mencintaiku? Tak mungkin! Hatinya sudah pun terisi dengan Aisyah. Mungkin kehadiranku yang merubah hatinya. Tapi, aku sendiri yang melihat betapa mesranya dia dan Aisyah. Aku mesti pergi dari hidup Amirul. Tapi bagaimana? Aku mencintainya…. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah berdoa agar ALLAH memberiku petunjuk..
          Malam itu, aku tertidur bersama air mata yang setia menemaniku. Tiada bayangan cinta seperti selalu namun yang ada hanyalah bayangan kecundangan cinta yang berulang….



            Aku keluar seawal pagi selepas subuh. Aku katakan kepada mama bahawa aku ingin keluar bersenam dan berjoging. Hakikat yang sebenar adalah aku perlukan udara yang segar agar masalah yang berlaku tidak terlalu merantai hidupku.
            Aku sempat membawa buku kepunyaanku yang penuh dengan puisiku bersama alat tulis. Aku ingin duduk di bangku taman sambil menulis puisiku. Di dalam buku ini, penuh suka dan dukaku tercatat. Dan sudah tentu, dalam bentuk puisi. Ianya seumpama diari untukku.
            Kali ini, aku membawa diri ke Tasik Ampang Hilir. Aku melihat keadaan langit yang semakin cerah. Hari semakin siang. Aku hanya melihat orang lalu-lalang di hadapanku.
            Aku mencapai ‘diariku’ dan memulakan penulisanku…..





Kepada siapa harus aku persalahkan..
Kecundangan cinta yang baru bermula..
Aku yang ingin memulakan sengketa..
Penderitaan kuterima bersama air mata..
Tangisan kesedihan yang mengalir deras..
Rintihanku yang tiada guna..

Hatiku terluka akibat perlakuan sendiri..
Ingin ku menyakitinya kerana ego di hati...
Tanpa aku sedari..
Jiwaku merintih..

Aku redha..
Pergilah sayang bersama kekasihmu..
Lupakan aku..
Kerana dia yang terbaik buatmu..
          Itu adalah antara bait-bait puisiku. Sedang aku leka menulis puisiku, tempat di sebelahku diisi seseorang. Aku tidak menghiraukannya kerana aku masih dalam mood sedih. Orang jiwang macam aku ni memang macam ni agaknya.
           Aku terasa bahuku dicuit seseorang. Baru sahaja aku ingin membuka mulut memarahinya, bibirku disentuh jemarinya. Aku tergamam. Aku langsung memandang si pelaku. Doktor Ameerul? Aku terus menepis jarinya. Wajahku pasti sudah merah kerana malu. Suka-suka je sentuh bibir aku. Ishh! Hempuk kang!
          “Apa ni doktor? Main sentuh-sentuh pulak. Saya karate kang. Saya dah la tengah sedih ni,” marah aku. Jangan main-main. Emosiku masih bercelaru.
          “Heyy. Jangan la marah sangat. Dari tadi saya perhati awak. Nampak sedih je. Awak pandai ke karate? Erm. Ceritalah kat saya kalau awak percayakan saya,” ujarnya bersahaja.
           “Saya… Erm…” aku sudah teresak di hadapannya. Entah kenapa mudah pula aku menumpahkan air mataku di hadapannya. Buat malu je. Hu hu hu.
            Tanpa disedari, aku pula dibawa ke dalam dakapannya. Aku merasa amat damai. Aku terus menangis dan setelah tangisanku hampir reda, aku baru tersedar keadaan kami. Aku merenggangkan pelukan dan cuba berlalu dari situ.
            Baru selangkah aku berjalan, tanganku ditarik olehnya. Aku menoleh ke arahnya dan  hanya tersenyum hambar. Aku turut meminta maaf kerana aku takut dia menganggap aku mengambil kesempatan. Ucapan terima kasih turut diberi kerana dia sanggup menemaniku walau untuk seketika.
             Aku terpana melihat senyumannya. Walaupun hambar, namun masih memikat hatiku. Mengapa dia menangis? Aku tidak rela membiarkannya menangis seperti ini. Aku akan selalu menemanimu cintaku… Bisik hati Doktor Ameerul.



           Macam mana pulak aku boleh ada dalam dakapannya eh? Ish. Teruk betul. Buat malu kaum je la aku ni. Bertudung tapi buat perangai tak senonoh. Depan orang ramai pula tu. Kalau ada orang bagitahu pada mama dan papa, mesti diorang marah. Macam diorang tak didik aku je.
           Tapi, kenapa aku merasa damai bila berada dalam pelukannya? Rasa macam selamat je. Ish aku ni. Kenapa la otak aku sibuk memikirkan Doktor Ameerul. Macam mana dengan Amirul? Bukankah dia menghiris hatiku? Dia malah ingin merobek hati kekasihnya sendiri! Dia ingin memadukan kami.
           Bila berfikiran rasional, aku tidak seharusnya terus meletakkan terus harapanku pada Amirul. Dia akan tetap menikahi Aisyah. Bagaimana dengan aku? Mustahil untuk dia menikahi aku dan Aisyah dalam hari yang sama!
            Aku terus melayan perasaanku yang lirih tanpa menyedari bahawa aku sebenarnya masih belum bertolak pulang ke rumah. Masih berada di atas skuter! Bunyi hon kenderaan berdekatan mematikan lamunanku.
            Aku ternampak Doktor Ameerul sedang menuju ke arahku. Tak boleh jadi. Cabut! Bila difikirkan semula, kenapa aku lari?


           Sampai sahaja di rumah, aku menghidupkan laptopku. Seperti biasa, aku membuka facebook. Melihat teman di chatbox, aku tercari-cari nama Amirul. Nasibku baik kerana dia sedang online. Aku ingin menamatkan segalanya dengan Amirul. Aku tidak rela menghancurkan kebahagiaan orang lain..
Me : Mirul.. Assalamualaikum...
Amirul : Waalaikumussalam… mira…
Me : Mira nak bincang pasal kita.. Mira dah ambil keputusan. Kita akan kekal kawan.
Amirul : Mira tak boleh buat Mirul macam ni. I love you so much!
Me : I just don’t care! Ini melibatkan perasaan Aisyah! Biar Mira undur diri.
Amirul : Mira……
Me : Mirul kena LUPAkan Mira.
Amirul : but…
Me : Ke Mirul suka kalau Mira jadi madu dgn Aisyah kalau kita bernikah setelah kalian
       mnikah?
Amirul : Madu bagi Mirul tapi hempedu bagi Mira..
Me : So? Apa lagi yang Mirul harapkan lagi dari Mira? Do you really wanna hurt me?
Amirul : okay. Mirul akan lupakan Mira. Jgn menyesal kerana ini yang Mira inginkan.
          Betul ke keputusan aku ni? Membiarkan dia pergi begitu sahaja? Ya ALLAH! Kuatkanlah hatiku. Berilah aku ketabahan…
          Aku terus menekan butang logout. Aku menangis semahu-mahunya. Bengang dengan perasaanku yang tak tentu arah. Ah! Cinta selalu membuat aku begini. Seperti orang gila lagaknya.
         Aku terus membaringkan diri di atas katil. Air mata masih mengalir namun tidak sederas tadi. Aku harapkan agar air mata ini adalah air mata yang memberi aku kekuatan. Tiada lagi kesedihan buat cinta yang baru bermula namun sudahpun hancur.
         Setelah puas menangis, aku mencuci muka di dalam bilik air. Aku turun ke bawah dan pergi menjenguk surat di dalam peti surat. Ada surat buatku. Baru sahaja aku ingin membelek surat kepunyaanku, aku terlihat kereta Doktor Ameerul melalui depan rumahku. Dia sempat memberikan senyumannya buatku dan melambai tangan padaku.
         Tiba-tiba hatiku merasa berdebar. Terpana melihat senyumannya yang menunjukkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Aku menghiraukan semua itu dan terus membuka sampul suratku.
         Ternyata itu adalah suratku dari universiti. Aku bakal menjadi pelajar pertukaran ke London selama setahun. Erm. Boleh aku membawa diri seketika. Aku terus memanggil mama dan menunjukkan surat itu. Mama tersenyum bangga. Walaupun hanya sebagai pelajar pertukaran, aku masih dapat menjejakkan kaki ke luar negara.
          Malam itu, kami sekeluarga makan bersama bagi meraikan kegembiraan ini. Aku tersenyum senang melihat gelak tawa mereka. Lupa sudah mengenai Amirul.



Setahun kemudian…..
           Aku melabuhkan punggungku di kerusi yang terdapat di KLIA. Aku menunggu kehadiran keluargaku. Tiba-tiba aku terperasankan kelibat seseorang yang aku kenal. Doktor Ameerul?
           Aku menyapanya. Dia ternyata kaget dengan kehadiranku. Dia terus tersenyum dan mengatakan dia datang untuk menjemputku. Aku hairan. Mengapa dia? Di mana keluargaku?
           Katanya, orang tuaku yang menyuruh dia menjemputku. Mereka akan menyambut kehadiranku di rumah. Aku hairan lagi. Doktor Ameerul pula yang disuruh menjemputku. Kenal ke mereka padanya?
           Sampai sahaja di rumah, aku dikejutkan lagi dengan satu lagi kejutan. Doktor Ameerul bakal tunanganku? Bagaimana? Rupanya dia sudah menghantar rombongan meminang untukku. Mereka hanya menanti keputusanku. Aku tersenyum dan mengangguk menandakan aku menerima pinangan mereka.
           Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa dengan mudahnya aku menerima lamaran Ameerul. Sebenarnya, dia sudah pun meluahkan perasaannya terhadapku sebelum aku bertolak ke London. Aku mengatakan bahawa aku akan memberi jawapannya setelah aku pulang semula ke tanah air.
           Kami sentiasa berhubung ketika aku berada di London. Aku sudah dapat mengenali budinya sedikit sebanyak. Tidak memaksa untuk aku menerimanya. Tentang Amirul, semuanya sudah aku ceritakan padanya. Dengar cerita Amirul dan Aisyah sudah pun melangsungkan pernikahan mereka.
            Amirul pun sudah tidak mahu berhubung denganku. Agaknya dia kecewa denganku. Ada aku kesah? Hu hu hu. Tak kesah konon. Yang duk frust menonggeng tu siapa la agaknya.
            Nak tahu apa yang lebih mengejutkan? Rupa-rupanya, bapa Ameerul dan papa merupakan kawan baik yang terpisah. Hah. Patutlah papa lagi suka aku dijodohkan dengan Ameerul atau nama penuhnya Ameerul Syazwan bin Ismail.
            Aku tersenyum lagi. Menyedari cinta yang berputik lagi. Mungkinkah ini yang terakhir? Aku berdoa agar cinta yang baru bersemi ini akan terus mekar. Aku mengharapkan agar dia yang terakhir. Mungkinkah bercinta selepas bernikah yang akan menjamin kebahagian? InsyaALLAH!

Thursday, 24 May 2012

saya sayang awak tapi.......

awak..
masih saya ingat..
suatu ketika dulu..
antara saya dan awak...
kita mesra sangat2 kan...

awak,
pada mulanya saya tak tahu yang awak dah berpunya..
sedikit demi sedikit saya mula memberi hati ini buat awak...
free pulak tu..
saya punya la yakin yang awak ni keseorangan macam saya...

awak,
ingat lagi tak?
awak selalu suka baca cerpen2 saya...
awak selalu kata saya jiwang..
saya tahu , awak pun sama..
bahagianya saya pada masa tu...

awak yang saya sayangi,
saya sebenarnya sangatlah terkejut..
bila dapat tahu yang awak dah ada kekasih..
saya rasa macam nak nangis je...

awak,
selalu awak cerita pasal kekasih awak.
lepas awak dah terus terang...
alangkah kecewa dan cemburunya saya..
tapi saya buat biasa je...

kalaulah awak tahu,
betapa remuknya hati saya..
setiap kali awak ceritakan..
kemesraan awak dan si dia..

kini,
saya akur...
awak bukan tercipta untuk saya...
tapi awak..
mampu ke saya melupakan awak?

kenapa awak?
kenapa nak halang saya pergi dari hidup awak?
kenapa awak ucap kata cinta pada saya?
saya bahagia tapi...
saya fikirkan perasaan kekasih awak..

awak,
dia juga perempuan seperti saya..
saya tahu dia pasti kecewa dengan awak..
kalau awak tinggalkan dia demi saya..
saya tak mahu perkara tu berlaku..

awak...
maafkan saya..
sengaja saya sakitkan hati awak...
saya nak awak bencikan saya...
biar awak bahagia dengan dia..

awak yang paling saya cinta....
jangan risau...
awak akan selalu berada di hati saya..
sampai masa nanti...
saya pasti bertemu jodoh saya.

macam mana dengan awak?
jangan risau ...
kenangan kita bersama..
akan saya simpan di hati selamanya...

pergilah awak..
pergi pada dia yang setia..
cintai dia seadanya..
seperti saya mencintai awak..............



Saturday, 28 April 2012

cinta realiti ?


“….no one else can take your place in my heart,”
                  Arghhhhh! Kenapa kata-kata dia sentiasa menghantui fikiran aku? Dia sudah menipu aku! Aku tak boleh ingat dia lagi. Itu semua pembohongan!!!!! Tapi, aku tak boleh menipu diri aku. Aku masih cintakan dia. Hakikat yang Maisara Alisya masih mencintai Muhammad Hisham……….

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

                Hanphone iPhone 4s kepunyaanku ku pandang lagi. Cehhhh. Aku baru beli tau. Hu hu hu. Bukan senang nak kumpul duit. Aku takut je yang ini pun akan rosak.
               Arina terpinga-pinga melihat aku. Aku datang ke rumah Arina untuk menenangkan diri setelah melihat adegan tadi. Hatiku sakit. Pedih sangat. Di bahu Arina, aku menghamburkan air mata. Segala kisah yang aku simpan terus aku luahkan kepada Arina.
              Bagaimana pertemuanku dengan Hisham. Berapa lama aku bercinta dengan Hisham. Semua sekali aku ceritakan. Arina bagai mengerti dengan kesedihanku langsung memelukku. Aku sememangnya memerlukan teman untuk memujukku.
            Hujan yang sebegitu lebat di luar seperti menangisi nasibku juga. Terdengar pula bunyi deringan telefon bimbitku mengalunkan lagu Rahsia Pohon Cemara. Memaparkan nama Hisham yang membuat panggilan. Tanpa berfikir panjang, aku mencampakkan handphone kesayanganku itu ke dinding. Berkecai sama seperti berkecainya hatiku setelah mengetahui kebenaran.
              “Isya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
Jeritan Arina mematikan lamunan aku. Haihhh. Kenapa pulak dengan minah tu. Jerit macam Pontianak cari anak. Haihhh. Seram derrrr.
          “Hah. Apehal kau menjerit malam-malam buta ni? Bingit tau tak. Eh. Yang kau berdiri atas meja kenapa?” aku yang menahan gelak sedari tadi mula mentertawakan Arina. Aku gelak sampai terguling-guling. Over sikit.
              Muka Arina yang tadinya pucat berubah merah padam. Alamakkkkkk. Gunung berapi dah nak meletus ni. Baik korang lari. Aku tak payah lari sebab aku tak takut sangat. Seram sikit je. Hu hu hu.
                “Kau ingat aku suka sangat ke menjerit macam sundal bolong ni hah? Aku takut lah. Tadi ada lipas tau. Besar! Tolonglah aku Isya,” mata minah tu dah mula berair tapi aku tak kesian pun. Aku gelak lagi kuat. Hi hi hi.
               “Lipas? Besar? Lawak gila kau ni. Dah lawak. Gila pulak tu. Takat mana sangat besar lipas tu? Hah. Mana? Meh aku pijak-pijak lipas tu.”
              “Ada kat bawah meja ni. Tolong aku cepat Isya.”
Aku langsung menjenguk ke bawah meja. Hek eleh. Lipas yang dah mati je pun. Haihh. Aku ingatkan hidup lagi. Benda yang dah mati pun takut. Aku terus mengambil penyapu dan penyodok untuk menyapu tempat kejadian.
              Lipas tersebut terus aku buang ke luar. Kang minah ni jerit lagi buat malu aku je. Nanti jiran sebelah dah tak nak ngorat aku lagi acano? Hi hi hi. Gatal jap.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………

                Usai makan dan mandi, aku terus bersiap. Esok hari lahir Arina. Jadi, aku nak pergi beli hadiah. T-shirt berlengan panjang berwarna pink aku padankan dengan skirt labuh berwarna putih. Tudung berwarna putih aku sarungkan ke kepala. Aku terus melihat diriku di cermin. Wahhhh. Makin berseri ye. He he he. Siapa lagi nak puji kita kalau bukan diri sendiri, kan?
             Sedang aku leka membelek selendang di sebuah kedai, aku dilanggar oleh seseorang. Mak aihhh. Sakitlah. Hampir sahaja aku jatuh namun sempat tanganku disambar tangan seseorang. Orang yang melanggar aku tadi sempat menyelamatkanku. Kalau aku jatuh kang abis jatuh saham aku sekali. Haihhh.
           Aku terus membetulkan posisi badanku dan melihat siapakah gerangan orang yang melanggar aku yang comel ni. Aku dan dia terpaku.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

               Handsome gila ciptaan Tuhan yang sorang ni. Rasa macam nak terbang je aku ni. Bulu mata yang lentik. Anak mata dia. Wahhhh. Warna hazel tuuuuu. Kening dia terletak cantik. Hidung dia tak terlalu mancung tapi sedap dipandang. Rambut dia nampak lebat dan hitam memikat. Aku tak tahu bagaimana nak terangkan yang dia sangatlah kacak!
               Yusuf meneliti gadis di hadapannya ini. Tidak memakai make-up yang tebal namun cukup untuk memperlihatkan kecomelannya. Pemakaiannya tampak sopan di penglihatan Yusuf. Boleh jadi calon isteri ni, kata hati Yusuf. Hu hu hu.
              Zapppp! Aku terus tersedar dari perlakuanku. Haihh. Tak senonoh betul perhati orang sampai macam tu sekali. Hatiku berdegup kencang memainkan irama yang indah. Terasa seperti aku jatuh cinta lagi. Hilang Hisham dari ingatanku.
              Aku terus tertunduk malu. Cover cun la apa lagi. Tiba-tiba, lelaki di hadapanku ini menghulurkan tangan. Aku terus menggelengkan kepala dan berlari pergi dari situ.
             Aku terus ke tandas sebab sebenarnya aku nak ke tandas dari tadi lagi. Cuma lelaki tadi menarik perhatianku. Selesai melepaskan hajat, aku terus mencuci tangan dan keluar dari pusat membeli belah tersebut.
            Yusuf terpinga-pinga. Tak pernah ada perempuan yang menolak untuk berkenalan dengannya. Tapi berbeza dengan perempuan tadi. Dia meninggalkannya sebegitu sahaja tanpa ada sebarang pamitan. Hati Yusuf mula membisikkan yang dia telah jatuh cinta buat pertama kalinya.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

               
                  Hadiah buat Arina terpaksa aku beli di tempat lain. Tak nak aku bertembung dengan mamat tadi. Aku takut peristiwa dulu akan berulang lagi. Aku tak mahu jatuh cinta lagi. Kalau cinta adalah satu sumpahan, aku sendiri telah terkena sumpahan itu. Aku tak mahu mempercayai kewujudan cinta lagi. Lelaki semuanya sama!
               Aku membuat kejutan untuk Arina dengan membelikannya handbag jenama Gucci yang menjadi kegilaannya. Minah gila fashion la katakan. Nak duduk dalam rumah satu hari pun tidak menghalang minatnya untuk mencantikkan diri di rumah. Kalau setakat make-up tebal-tebal aku tak kesah lagi tapi kalau dah sampai pakai baju pun macam nak pergi berjalan tu melampau la kan. Ish ish ish.
           Arina sangat gembira menerima hadiah dariku itu. Sampai terloncat-loncat mengalahkan monyet gayanya. Teruk  betul perangai anak dara ni sorang. Kalau la tunang dia tengok ni, terus tarik diri la kut. He he he. Ish aku ni, tak baik doakan kawan sendiri perkara yang buruk-buruk.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
 
             Mana Arina ni? Tadi suruh aku tunggu dia kat depan office dia. Aku ni ada la nak dekat setengah jam terpacak macam patung kat sini. Makcik cleaner tu dah lalu lima kali kat sini dan Nampak muka aku je. Silap-silap, mak cik tu ingat aku bodyguard baru kat sini. Eeeuuwww. Tak ada maknanya la aku nak kerja sepejabat dengan Arina ni. Cukup lah aku serumah dengan dia. Itu pun kadang-kadang cukup memeningkan kepala aku. Walau apa pun, dia tetap sahabat terbaik aku. Yeahhhh!!!
           “ Arghhhhhh!!!! Arina!! Terkejut lah. Kau nak aku mati muda ke hah? Aku tak kahwin lagi tau,” terjerit kecil aku di situ apabila disergah Arina. Bila mengatakan tentang perkahwinan, tiba-tiba hatiku sayu mengenangkan Hisham. Tergamak dia mempermainkan hatiku.
            
             “ Opssss, maaf la kawan. Aku tengok kau tu duk termenung sensorang je. Aku sergah je la. Yang kau buat muka monyok tetiba apahal? Muka mintak pelempang,” Arina cuba menceriakan suasana. Aku pun membuat senyuman plastikku. Hu hu hu. Aku tidak mahu Arina susah hati melihat kesedihanku. Cukuplah aku menangis di hadapannya selama 2 bulan. Walaupun pada dasarnya 2 bulan tidak nampak lama, tetapi bagiku, aku malu kerana telah menunjukkan kelemahanku kepada sahabat baikku. Aku ingin menunjukkan kepadanya bahawa aku seorang yang tabah.
   
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

               Rupa-rupanya, Arina terlewat kerana ada mesyuarat tergempar. Katanya, ada seorang manager baharu yang menggantikan boss kesayangannya.
                “Handsome gila weyh. Sesuai sangat dengan kau. Hah, kau kan single lagi. Aku ni, kalau tak ingat yang aku dah nak kahwin tak lama lagi, aku sambar je,” Arina cuba memadankan aku dengan boss barunya. Teruk punya kawan. Kalau tunang dia dengar apa yang sedang dia celotehkan ini, ada yang perang seminggu. He he he.
              “Aku selesa hidup macam ni la Rina. Kau lupa ke macam mana seorang lelaki hancurkan hati aku sekelip mata? Hati aku ni, takkan mudah dirawat begitu je. Masih terbayang kat mata aku ni, penipuan dia. Masih terdengar kat telinga aku ni, janji manis dia. Tak mudah aku lupakan dia. Kau tahukan yang dia tu cinta pertama aku. Susah sangat untuk aku lupakan dia. Aku … aku.. dah la. Kita lupakan je pasal hal ni,” aku sudah mulai sebak. Fuhhh. Ada yang menangis kat sini kang.
                 Arina yang memahami terus senyap. Dia tidak mahu Maisara Alisya menangis lagi hanya kerana lelaki. Cukuplah sampai di sini. Mungkin, jika ada jodoh menanti Maisara Alisya, dia pasti akan mengenal manisnya cinta.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

          Yusuf tergesa-gesa. Kenapalah aku suka lambat? Hati Yusuf sempat berkata-kata dalam hatinya. Mesti sepupunya bakal marah sebab terlewat. Dia berlari-lari anak ke arah restoran yang baharu dibuka itu. Yusuf sepatutnya berada di samping sepupunya semasa majlis pembukaan restoran tersebut. Dia yang terlewat terus berlari. Tiba-tiba dia melanggar seseorang dan dia sempat menyambutnya.
             Aduhhhhhhhh! Kenapa orang suka langgar aku? Eeeiiiii, kalau aku ni kaca, dah lama pecah tau. Tapi, mana ada kaca yang pecah kalau belum sempat terhempas atas lantai kan. He he he. Aku terus membetulkan posisi aku kepada yang asal. Nasib baik aku sudah memakai baju berlengan panjang. Kalau nak menutup aurat, mesti kena tutup dengan sempurna kan. Ehhhh. Dah lari cerita ni. Aku pun berpaling ke arah si pelaku yang melanggar aku yang cun ni. Hi hi hi.
               Eh, macam kenal lah. Siapa ye? Aku ni belum tua pun nyanyuk. Tapi kan, handsome sangat-sangat. Ermmm. Orang yang macam ini lah yang pernah hancurkan hati aku. Harap je muka handsome tapi penipu. Aduhhh. Apa yang aku melalut ni.
              Yusuf kaget. Baru sahaja dia ingin membuka mulut untuk meminta maaf, bibirnya terkunci secara tiba-tiba. Dia terpaku melihat gadis di hadapannya. Inilah orang yang saban hari dirinduinya. Walaupun hanya sekali mereka pernah terjumpa dan itu pun hanya tidak sengaja, Yusuf telah jatuh cinta.
             Hek elehhh. Mamat ni tenung aku apahal ek. Aku tahulah aku comel sangat-sangat hari ni. Tak payah la nak tenung aku sampai macam tu sekali. Mesti orang yang baca kisah aku berulang-alik ke tandas sebab nak muntah. Ha ha ha. Akulah minah perasan. Hi hi hi .
           Melihat kebisuan jejaka di hadapannya, Maisara Alisya terus pergi dari situ. Dia harus pergi ke majlis pembukaan restoran baharu yang terletak tidak jauh dari situ. Kakak kepada Arina, Marini telah menjemputku kerana aku sahabat baik adik kesayangannya.
            Yusuf yang melihat pemergian Maisara Alisya dari pandangan matanya hanya mampu memandang. Lidahnya kelu untuk berbicara. Hai la hati, kenapa kau memainkan irama yang sebegitu rancak ni. Aku perlu mengenalinya, bisik hati Yusuf.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

             Majlis pembukaan restoran yang dinamakan “our life” berjalan dengan lancar. Kak Marini kelihatan anggun berbaju kebaya berwarna hijau itu. Happening gila Kak Marini. Habis satu keluarga dia memakai sedondon berwarna hijau. Arina juga kelihatan cantik berbaju kurung. Bukan senang nak tengok Arina pakai baju kurung. Yang selalu aku lihat, Arina gemar memakai dress.
             Aku yang sedang berbual dengan Arina secara tidak sengaja terlihat lelaki yang melanggar aku sebelum aku sampai kemari. Tiba-tiba aku teringat yang dialah orangnya yang melanggar aku juga sebelum ini. Agaknya, memang hobi dia melanggar aku.
              “Rina, siapa yang tengah berborak dengan kak Mar tu? Akrab semacam je mereka tu. Tak marah ke cik abang Kak Mar nanti,” aku cuba mengorek rahsia dari Arina.
              “ Oh, itulah cousin terhormat aku. Handsome kan. Kenapa? Kau kenal ke?” Arina merasa hairan dengan pertanyaanku.
              “ Tak ada apa lah. Saje tanya,” jawabku ringkas.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

               Ternyata, Yusufjuga perasan dengan kehadiran gadis yang sudah dua kali dilanggarnya. Hatinya tertanya-tanya. Apa hubungan gadis pujaannya itu bersama Arina, sepupunya?
               Hati kecil Yusuf pada ketika itu meronta-ronta untuk bertanya kepada Marini siapa gadis itu. Cinta sememangnya membuatkan Yusuf resah dan gelisah. Padanya yang tidak pernah merasakan cinta, pada mulanya menganggap perasaan itu hadir atas mainan perasaan.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

            Majlis tersebut akhirnya berakhir dengan jayanya. Terlukis mimik muka kepuasan pada Marini. Dia sememangnya sudah lama teringin benar mempunyai restoran sendiri. Wujudnya restoran itu kerana suami Marini memberikannya sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan mereka. Aku merasakan pasangan itu amat bahagia walaupun sudah 5 tahun berkahwin dan mereka sudah mempunyai seorang anak. Hatiku pilu kerana umurku sudah menginjak 26 tahun namun masih belum berkahwin. Bukannya tiada orang yang mahukan aku tetapi hancurnya hatiku masih belum pulih  sepenuhnya.
               Melihat kad perniagaan di tanganku ini, aku tersenyum sendiri. Rupanya, nama jejaka kacak itu adalah Yusuf. Sesuai sekali dengan rupa parasnya yang kacak. Teringat pula aku pada kisah Nabi Yusuf.
               Aku rasa bangga la pulak. Ada orang yang sangat kacak nak berkenalan dengan aku. Hi hi hi. Maknanya, aku laku lagi la kan. Tapi, rupa paras tak menjanjikan apa-apa. Walaupun Hisham tidak tergolong dalam orang-orang yang kacak, namun dia kelihatan comel pada penglihatanku. Arghhhh! Kenapa aku harus mengingatinya lagi? Dia telah menghancurkan hatiku. Aku menyeka air mata yang hampir jatuh dan cuba menceriakan diri. Aku pulang ketika senja sudah berlabuh.
              
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………

                Agaknya, apa yang Maisara Alisya tengah lakukan? Dah makan ke dia? Hati Yusuf bertanya soalan namun tiada jawapannya. Dia amat merindui gadis itu. Dia kemudiannya teringat salam perkenalan antaranya dengan Maisara Alisya.
               Yusuf mula memberanikan diri mendekati Maisara Alisya melihat Arina leka berbual dengan orang lain. Mujur salamnya bersambut.
               “Ermm, sorang je ke?” Yusuf cuba memulakan perbualan.
“Waalaikumussalam. Cuba awak tengok kiri kanan. Saya rasa ramai je orang.” Maisara Alisya masih menjawab pertanyaan Yusuf namun dalam nada sindiran.
               “ Err. Hehe. Lupa pulak saya. Assalamualaikum! Ni kad saya. Bukan kad pengenalan tapi kad perniagaan,” Yusuf cuba membuat lawak yang tak berapa lawak untuk mengawal kegugupannya. Mujur kad itu diterima Maisara Alisya dengan baik. Gadis itu tersenyum manis buat Yusuf dan pada ketika itu, Yusuf merasa seperti mahu terbang!

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

             Aku rasa pelik dengan otak aku ni. Kenapa asyik teringat pada Yusuf ye. Aku jatuh cinta lagi ke? Tidak! Aku tak akan mudah memberikan cinta sewenang-wenangnya lagi. Aku punya harga diri!
           Melihat kemesraan Arina dan tunangnya, aku merasa amat cemburu. Arina bertemu juga dengan cintanya. Aku? Masih membilang luka di hati. Kehadiran Yusuf hanya sebagai teman baharu. Bunga-bunga di taman hatiku semakin layu kerana tiada orang yang mahu menyiraminya, membajainya lagi. Dulu, taman tersebut pernah mekar namun itu hanya kenangan.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

            Esok merupakan hari pernikahan Arina dan tunangnya. Aku dipaksa rela untuk hadir sebagai pengapitnya. Kata Arina, mana tahu aku akan bertemu jodoh apabila aku menjadi pengapitnya. Aku hanya mentertawakannya. Aku boleh nampak betapa berseri-serinya sahabat baikku. Dia kelihatan amat bahagia. Melihat itu, aku tersenyum senang.
               Dalam keadaan aku tersenyum itu juga, aku merasa cemburu juga. Arina mampu meraih kebahagiaan. Aku sepatutnya bangun dari mimpi ngeri ini. Esok, Maisara Alisya akan kembali!

……………………………………………………………………………………………………………………………………………

           Majlis persandingan Arina dan pasangannya berjalan dengan lancar. Arina kelihatan anggun berbaju kurung. Aku kagum dengan Arina kerana tidak ramai wanita yang ingin berbaju kurung ketika bersanding.
          Aku terkejut apabila melihat Yusuf turut menjadi pengapit buat pengantin lelaki. Seharusnya, pengantin yang akan diusik namun aku pula yang menjadi bahan usikan. Aku dan Yusuf dikatakan serasi. Aku hanya mampu tersenyum melihat telatah saudara-mara Arina.
               Di akhir majlis, Yusuf bertemu denganku……
“ Sara, Yus cintakan Sara sejak kali pertama kita bertemu. Yus harap sangat yang Sara akan menerima cinta Yus ni. Sara adalah cinta pertama Yus,” Yusuf meluahkan hasrat di hatinya.
              Aku tergamam. Dia terlalu berterus terang. Hatiku ingin mengatakan aku juga mencintainya. Aku senyum.
“ Yus, Sara akui yang Sara juga sukakan Yus. Tapi, tak terlalu cepat ke? Kita baru 6 bulan berkenalan. Yus fikirkan dulu ye,” hanya itu yang mampu aku berikan jawapan.
               “Sara, ambik lah seberapa banyak masa yang Sara inginkan. Yus mengharapkan jawapan positif dari Sara. Memang bukan Yus yang pertama di hati Sara tapi izinkan Yus menjadi yang terakhir,” Yusuf masih inginkan kepastian. Hati Yusuf merasa sayu mendengar jawapan dari gadis yang telah mencuri hatinya itu. Dia pun bertekad untuk melakukan sesuatu pada waktu itu juga.
                Tiba-tiba, tanpa aku sedari, Yusuf berlari ke arah khemah terletaknya DJ jemputan dan tempat membuat lagu permintaan. Aku hanya mampu memandang.

                “Maisara Alisya! Di hadapan semua saudara-mara saya ni, sudi tak awak jadi isteri saya?”
               Aku terlopong. Muncul Arina di sampingku dan menepuk bahuku. Dia hanya tersenyum. Semua mata terarah padaku. Seandainya aku dihadapan cermin, pasti aku akan melihat mukaku sudah merah padam!
              Melihat kebisuanku, semua hadirin mula mendesak aku untuk memberikan jawapan. Aku mengalah. Aku tersenyum lalu melaungkan “ Muhammad Yusuf! Saya, Maisara Alisya menerima lamaran awak dengan syarat awak membawa ibu bapa awak bertemu dengan ibu bapa saya”
              Aku puas meluahkan perasaanku. Aku pandang ke arah Arina. Dia tersenyum dan mula menepuk tangan diikuti mereka-mereka yang lain.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………

             “ abang! Sara harap sangat hubungan kita akan berkekalan,” aku memberitahu Yusuf harapanku.
             “ Sara, kalau itu yang Sara minta, jangan khuatir kerana insyaAllah, abang mampu melakukannya. Biarlah hanya maut yang memisahkan kita,” Yusuf membalas sambil memeluk pinggangku yang ramping ni. Erkkk. Tak ada la ramping sangat.
             Selepas saja kami dinikahkan, jiwa dan ragaku hanya buat Yusuf. Noktah! Hisham hanyalah kenangan silamku. Aku tertanya-tanya juga, bagaimana Hisham boleh hadir ke majlis pernikahanku dan Yusuf. Dia kelihatan segak bersama seorang wanita. Mereka kelihatan sangat mesra. Aku hairan. Itu bukan wanita yang dikatakan tunangnya dahulu. Biarlah. Asalkan dia akan turut merasai kebahagian sepertiku.
            

               Diariku telah aku bakar kerana pada firasatku, diari itu tiada guna lagi. Segala peristiwa seharusnya aku kongsi bersama Yusuf. Aku tersenyum bahagia. Bunga di taman hatiku sudah mekar kembali. Bahkan lebih mekar dari sebelumnya. Tidakku sangka, Yusuf romantik orangnya. Ada juga terselit lawaknya ketika berbual.
              Melihat awan di langit, aku mengharap agar cuaca mendung tidak akan menghalang aku dan Yusuf menikmati bulan madu. Arina, sudah sarat mengandung tau. Bulan depan, selamatlah baby akan melihat dunia.
             Aku berharap kebahagiaan yang aku kecapi ini akan kekal sehingga aku menutup mata. Aku juga berharap yang aku tidak akan menangis lagi. Cinta sememangnya indah. Aku tidak seharusnya menyamakan semua lelaki. Lagipun, hidup mesti enjoy!! Eh, tapi janganlah sampai tersasar dari jalan yang benar. Go straight, don’t belok-belok tau. LOL  J J J J J