Friday, 29 August 2014

Dia Yang Pergi

Assalamualaikum semua!

Lama dah tak update kat blog ni. Cam berhabuk dah ni hahaha. Well banyak benda nak cerita ni. Harap korang sudi baca la yaaaaaaaa.

Tahun ni mungkin jadi tahun yg menyedihkan utk aku. Ceritanya start bulan dua haritu. Tok ayah mula sakit and masuk wad kat hosp sungai buloh. Dia sakit strok. Masa mula mula tu, dia cuma ingat ingat lupa pasal kitorang semua. Tak lama lepas dia duduk sana, kat bahagian punggung dia mula ada bed sore. Tuhan je tahu macam mana risaunya kitorang sekeluarga time tu.

Masa bulan april, aku dah berhenti kerja lepas tiga bulan aku kerja kat Telekom Malaysia. Aku pun mula jaga tok ayah. Setiap hari aku lalui dgn rasa risau. Macam mana kalau apa apa jadi kat tok ayah dlm jagaan aku? Aku ke yg akan dipersalahkan? Tok ayah sempat masuk wad kecemasan dua kali. Aku sangat bersyukur sbb dapat berkhidmat utk orang yg aku sayang. Keadaan tok ayah tak stabil dan dia koma.

Entah bulan berapa. Doktor mula sahkan yg tok ayah takkan hidup lama. Allahu. Tuhan je tahu sebaknya hati aku ini. Kitorang mula rasa berbelah bahagi. Tak tahu nak doa apa. Keadaan tok ayah.......

Akhir bulan may dan aku dapat tawaran ke tingkatan 6 kat Victoria Institution. Aku terpaksa lupakan hasrat utk jaga tok ayah lebih lama. Lepas aku sambung belajar, mok jah dgn bibik je jaga tok ayah. Berat hati utk biarkan bibik jaga sbb dia bukan darah daging aku tapi nak buat cam mana. Terpaksa juga.

Bulan puasa pun tiba. Semua pakat nak raya kat kl je sbb keadaan tok ayah pun camtu. Aku ingat lagi yg aku sangat sedih sbb aku tak suka raya kat kl. Aku asyik komplen je pasal ni. Tapi aku sedar, keadaan tok ayah yg tak mengizinkan. Aku pasrah, aku redha. Lagipun apalah sangat beraya kat kl je pun. Lek ahhh kan.

Aku ingat lagi. Masa tu sabtu dan aku tolong jaga tok ayah sementara paksu and mok jah keluar. Tok ayah nampak cam lemah. Dia diam. Takda respons mahupun reaksi. Tok ayah okay ke?

Dua hari kemudian, lagi seminggu nak raya. Aku kat dlm math class. Tiba tiba adik call. Aku terus tak sedap hati. Kenapa pula adik nak call aku pukul dua petang? Aku angkat call.

"Tok ayah dah meninggal", itu je ayat adik. Aku sentap. Senyap. Ya Allah!

"Kakak dengar tak ni?" Aku hanya mampu jawab hmmm.

"Kakak balik cepat. Kitorang nak uruskan jenazah lepastu bawa jenazah balik kampung."

Lemah longlai aku bangun dari kerusi dan terus minta izin nak balik kat cikgu. Lepas kemas beg, aku tahu aku tak mampu nak balik sebelum ada yg tenangkan aku.

Aku lalu depan kelas am tapi class dia cam busy. Aku lalu pula depan class putri. Aku minta izin cikgu yg tengah ajar utk jumpa putri. Aku cuma pandang putri dgn sayu dan cakap yg tok ayah dah takda. Dia senyap.

Aku mula menangis. Putri peluk aku. Tuhan je tahu yg aku masih tak percaya apa yg berlaku time tu. Lepas selesaikan urusan utk balik rumah, aku terus balik and pack baju utk semua orang balik kampung.

Aku pun ke masjid. Jenazah baru lepas selesai mandikan. Aku masih diam, tergamam. Masa cium dahi arwah, aku rasa sejuk je dahi tok ayah. Ya Allah! Dosakah aku sbb seakan tak merelakan tok ayah pergi?

Jenazah dikebumikan malam tu juga kat kampung aku kat kelantan. Selamat tinggal tok ayah! Tok ayah beruntung sbb dapat pergi pada bulan mulia bulan Ramadhan. Mungkin juga Tuhan nak aku raya kat kampung sbb asyik komplen taknak raya kat kl. Dan permintaan aku terkabul. Benarkah terkabul? Ini ke yg aku nak?

Hari raya tiba. Aku lawat kubur tok ayah. Tanah masih merah. Kubur dia selang satu kubur je dari kubur tok che'.

Petang tu, tanpa disangka pakngah pula sakit. Dia masuk hosp petang tu juga. Dia juga jadi cam ingat tak ingat kat kitorang. Ya Tuhan, cubaan lagi yg kau berikan?

Beberapa hari sebelum birthday aku, pakngah mula nazak tapi aku takleh nak balik atas tuntutan aktiviti kat sekolah. Hari rabu tu pakngah memang dah betul betul nazak dan semua orang balik kampung kecuali aku. Kebetulan hari jumaat tu aku kena pergi kem kat pangkor.

Birthday aku hari khamis. Seronok memang seronok sbb dapat dua kek. Kawan semua buat suprise. Ada la juga sikit terkilan sbb aku sambut tanpa family kan. Waktu balik tu mama call.

"Kakak, pakngah dah takda." ayat mama yg buat aku rasa cam petir menyambar ke hati.

Allahu. Hari bahagia aku atau hari kedukaan aku? Aku terus bagitahu putri. Muka dia berubah. Dia seakan faham apa yg aku rasa. Baru sebulan tok ayah pergi dan pakngah pula menyusul.

Entah lah. Hanya Allah tahu hikmah di sebalik semua ni. Tok ayah pergi pada 21/7 dan pakngah pergi pada 21/8. Semoga mereka berada bersama orang beriman. Amin.

Al-fatihah.