Wednesday, 28 January 2015

Aku Yang Lari

"Ros, aku tak nak kau pergi tapi aku nak pergi. Kau faham tak?" hanya itu balasan Putri pada mulanya. Aku dah buat keputusan yang besar dalam hidup aku. Keputusan yang sangat berisiko. Keputusan yang paling gamble aku pernah buat.

Semua orang sokong. Hmmm mungkin tak. Ada yang seakan tak setuju. Aku tahu mereka cuma tak nak masuk campur hal aku. Tapi aku faham mata itu. Aku selayaknya digelar pengkhianat. Aku sememangnya layak dipanggil pengkhianat. Tapi aku ada reasons aku sendiri. Susah untuk aku cakapkan sebab aku yang pernah yakinkan mereka yang tempat ini bagus. Itu cuma first impression aku. 

Apa perasaan aku? Sangat susah untuk aku gambarkan. Pelbagai perasaan seakan bercampur baur. Salahkah aku? Tapi ini masa depan aku. Semuanya tentang aku. Bukannya aku buat keputusan ni dengan cuai. Aku sedar aku lari dari kenyataan. Tapi tak semua orang tahu berapa lama aku fikirkan aku perkara ni. Countless night aku tak boleh tidur. Perkara ni kejar aku sampai ke mimpi. Aku resah. Aku gelisah. Tapi aku dah nekad dengan keputusan aku.

Kenyataan apa yang aku katakan tadi? Aku pelajar tingkatan enam dalam aliran sains. Jangan salah sangka, aku tak ambil subjek biologi. Aku bukannya jenis suka membaca yang menyebabkan aku tak ambil aliran kemanusiaan. Eh silap. Aku sepatutnya kata yang aku hanya suka membaca anything yang menarik perhatian aku. Pada mulanya aku yakin aku mampu struggle untuk steady tapi aku silap. Subjek Math T sememangnya membunuh jiwa aku. Sangat menyeksakan. Lebih gila bila physics pun gunakan math yang beyond my knowledge.

Mesti ramai yang bertanya kenapa aku ingin sekali lari dari kenyataan. Semua pelajar kat sekolah ni sepatutnya lebih memami walaupun aku rasa tak semua faham. Aku tak mampu sesuaikan diri kat sini. Semuanya terlalu berbeza, Pressure terlalu tinggi. Aku dah reach limit aku untuk terus bersabar. 

Cikgu kat sekolah ni terlalu negatif. Itu maksud aku. Ramai yang selalu sangat sarcastic dengan aku. Aku semacam dah lali tapi siapa je tak sakit hati bukan? Dah la sarcastic, suka sebar gossip pasal students pula tu. Ada juga yang suka korek rahsia students and then sebarkan. Aku tak faham. Kenapa nak rendahkan martabat seorang guru? Sejak kecil, aku selalu respect guru aku walaupun aku tak suka dia. Sebab apa? Sebab dia yang berikan aku ilmu. 

Bulan pertama aku join sekolah ni, aku dah dituduh pau duit budak. Apa jadahnya aku nak pau duit orang? Parents aku bagi aku duit la. Aku sentap. Dalam satu malam, semua cikgu kat sekolah ni tahu. Cikgu kat mainstream pun tahu. Mereka malukan nama aku dan aku baru je kat sini! Tergamak mereka sebarkan perkara yang belum terbukti benar. Esoknya, aku langsung tak dapat back up diri sendiri. Tapi alhamdulillah aku boleh buktikan aku tak bersalah. "Alah biasalah budak." Seorang cikgu yang pada mulanya buat muka annoyed bila nampak aku, boleh berkata macam tu. Pergh,gegendang terlinga aku sememangnya sakit. Maaf kalau aku biadap. Kau dah burukkan nama aku, kau buat muka bila nampak aku walhal kau tak tahu perkara sebenar, kau boleh cakap macam tu dengan sewenangnya?

Well, tu cuma satu contoh yang aku hadapi kat sini. Terlalu banyak aku rasakan. Pressure dengan studies and environment. Pengalaman pahit. Tapi sekarang, pembaca faham tak situasi aku?

Oh sebelum aku berhenti menulis ni, aku cuma nak kata sesuatu. Maybe sekolah ni je yang macam ni. So, pada yang nak join form 6, jangan takut pula. Aku ada juga kenangan manis. Satu lagi aku nak bagitahu, life is always unfair. Jangan expect lebih. Okay tu je. Ciao.