Friday, 27 January 2012

MUNGKINKAH INI CINTA MUKA BUKU.....

              Maisara Alisya namaku. Amboi, menusuk kalbu nama aku ni. Puji diri sendiri la sekejap. Sesungguhnya aku bersyukur gila sebab mama dan papa aku begitu tulus menamakan aku sebegini. Bangga betul aku sebab orang tua aku kreatif. Harap je nama aku ni best tapi perangai pun kena la tengok sekali kan.
            Setiap hari, masa lapang aku wajib diisi dengan kerja yang sungguh tak berfaedah iaitu melayari internet. Laman sesawang paling aku suka semestinya facebook. Tak payah nak hairan sangatlah sebab orang – orang yang akan baca kisah aku semua kaki pembuang masa macam aku. Hu hu hu…
            Apa benda yang aku buat sampai aku online setiap hari? Aku ni admin yang glamour tau kat satu page ni, “Sy mmg mcm ni awk ~ awk xkesh kn?”. Page ni memang aku sayang gila sebab selalu dapat feedback daripada likers kat situ.
           Seperti biasa, hari ini pun aku online. Ehh. Ada orang add aku sebagai rakan. Muhammad Hisham? Aku suka la nama mamat ni. Handsome ke tak ye? Biar aje lah. Apa lagi cik kak Isya, approve jangan tak approve. Orang Melaka rupanya dia ni.
           Yahoo Messenger tersayang pun aku rajin nak buka ini hari. Ish ish ish. Aikkk? Kat benda alah ni pun Hisham add aku? Dahsyat mamat ni. Stalker aku ke apa ni? Mana la dia tahu email aku ni? Ish aku ni. Lupa la pulak. Bukan ke email aku , semua orang boleh nampak. Kelihatannya sekarang ni, aku suka tanya soalan dan jawab sendiri!
           Baru je aku nak tegur itu mamat, dia dah tegur aku dulu.

Hisham : Hai awak! Thanks approve.
Me : Err hai!
Hisham : Bole kita brkenalan?
Me : Bole, apa salahnya. Tak salah kalau ada ramai kawan J J J



          Malam tu, aku chatting dengan Hisham punya la lama. Ada je perkara yang boleh kitorang merepekkan. Erkkk. Kitorang atau aku? He he he. Ada satu perasaan yang pelik bila aku chatting dengan dia. Rasa macam serasi bersama la pulak. Hu hu hu.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………

            Esok, genap sebulan perkenalan aku dan Hisham di alam maya. Aku tak pernah bagi Hisham berwebcam dengan aku walaupun hati aku ni dah memang teringin gila – gila nak tengok muka Hisham. Sakai punya budak! Bukan nak letak gambar sendiri. Ada ke patut dia letak gambar kartun sebagai default picture? Ish ish ish. Tak patut. Esok jugak dia ajak aku keluar untuk dia menunjukkan muka sebenar dia. Entah gemuk, kurus atau apa aje bentuk badan dia. Aku takut jugak kalau badan dia macam gorilla. He he he. Jangan fikir karut la Isya oiii.
         Hanya sebab nak jumpa Hisham, aku sanggup dengar bebelan minah gila fashion a.k.a kawan baik aku si Arina. Daripada tadi membebel tak habis sebab kebanyakan baju aku tak menepati cita rasa minah ni.
          “kau ni kan Isya, nak keluar date baru la kau sanggup nak panggil datang rumah kau. Kalau tidak, tunggu waktu study group la baru kau terpekik paksa aku datang rumah kau ni.” bebel minah gila fashion yang memang membebelkan perkara sama. Lama – lama aku boleh jadi minah pekak wooo.
          “ whateverrrr. Sekarang tolong senyap sekejap dan carikan baju yang terbaik untuk aku. Okay? My best friend forever?”
           “Best friend forever konon. Nah. Yang ini je paling aku suka antara koleksi kau. Harap je perempuan tapi pakaian macam jantan. Huh! Nasib baik la mama kesayangan kau tu ada belikan kau baju keperempuanan walaupun sehelai ni aje.”
           “Ini yang buat aku sayang kau lebih Cik Rina oiii.”

        Akhirnya tamat drama aku dan Arina. Betul jugak cakap dia. Aku ni kasar. Pakaian aku mana ada yang feminin. Nasib baik aku tak pakai macam lelaki. Selisih malaikat 44 !

……………………………………………………………………………………………………………………………………………

         Cepat betul satu malam berlalu. He he he. Usai saja makan dan mandi, aku bergegas bersiap. T-shirt labuh berwarna hitam putih yang agak longgar, aku padankan dengan jeans mengikut tubuh berwarna hitam. Rambut aku dibiar lepas tak seperti selalu. Lainnya aku. Lawa pulak ye. Aduhhh.. Sempat lagi aku perasan depan cermin. Ah lantaklah.
            Yang mana satu Hisham ni? Dia kata semalam, dia nak pakai baju warna purple. Favorite color aku tu. Bantai je la duduk kat bangku ni dulu. Bab menunggu macam ni yang aku malas. Bosan bagai cicak tersepit dah aku ni.
            “Maisara Alisya?”
            Aiyaaaaa. Kenapa dengan hati aku ni? Berdebar semacam je. Dia hulurkan tangan tu. Sambut ke tak? Ehhh. Mana boleh. Aku terus tersenyum sambil menggelengkan kepala. Control ayu babe, control.
           “ Ye. Saya Maisara Alisya. Awak mesti Hisham.” Aku terus bangun dan berdiri di sebelah jejaka itu. Lemah lembut pulak bahasa aku tak macam selalu. Control ayu gitu. Dia lantas mengajak aku ke sebuah restoran berdekatan.
            “ Saya dah jangkakan, tuannya pasti seiindah nama. Awak comel sangat hari ni. Saya suka.” Hisham cuba memulakan perbualan.

             Aduhhh. Malunya aku. Dia puji aku ni. Kelu pulak lidah aku ni. Aku dah kembang semangkuk ni. He he he. Bajet cun la aku ni. Hu hu hu.
“ Awak jangan nak puji lebih – lebih. Saya ni spesis perasan.” Perghhh. Ayat aku sumbang pulak. Serba tak kena aku ni. Dah macam ulat pun ada!
           Walaupun pada mulanya aku agak kekok, lama kelamaan aku mula dapat membiasakan diri. Aku ni kan mulut becok, semestinya sekejap je dah kamceng wooo.
           Sampai je aku kat rumah, aku selesaikan keperluan diri aku dan menuju ke arah meja belajar aku. Apa lagi? Online arrr. Hari ni aku akan update blog aku sekali. Cerita tentang aku dan Hisham la. Tak ada cerita lain dah.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………

                Sejak pertemuan aku dan Hisham buat kali pertama, aku selalu teringat kat dia. Jatuh cinta ke aku ni? Mustahil lah. Kitorang baru je kenal kot. Takkan la aku dah cintakan dia? Mungkinkah love at first sight wujud? Macam ni rasanya cinta?
                Hari ini, aku dan Hisham menjadi pasangan kekasih. Tak sangka, budak yang ganas macam aku ni pun boleh jatuh cinta dan ada kekasih macam orang lain. Hisham kata, dia dah memang sukakan aku sejak kali pertama kitorang bertemu. Ecehhh. Sibuk je nak ikut aku. He he he.
             Hari – hari yang aku lalui memang indah sebab Hisham seorang yang romantik. Tak pernah sekalipun dia marah pada aku. Selalunya, aku yang akan cemburu tak tentu pasal. Ini semua gara-gara sayang la.
             Ada sekali tu, aku call Hisham marah-marah sebab dia update status kat facebook pasal aku tak nak dating dah dengan dia. Bukan apa, aku takut kitorang akan terjerumus ke arah zina je. Aku tak nak cinta kitorang dicemari noda. Hisham terus minta maaf padaku kerana takut aku tersinggung. Sikap Hisham yang penyabar dengan sikapku menambah lagi kepercayaan aku untuk memberi cinta ini hanya buat dia.
            Selama 3 bulan kitorang bercinta, bahagia selalu hadir dalam hidupku. Ada sekali tu, dia hantar sejambak bunga mawar merah untuk aku. Sehingga kini, aku masih menyimpannya sebagai kenangan.
  ………………………………………………………………………………………………………………………………………………

             Kenapa dengan Hisham ni? Semua panggilan aku perempuan tu je yang angkat. “The number that you dial is busy” itu je daripada tadi. Aku cuba besabar sebab Hisham dah selalu sabar dengan sikapku yang terlebih hyper ni. Risaunya… L Telefonku yang berbunyi menandakan ada mesej masuk langsung aku buka.

From : Hisham
Sorry syg, b ada hal ni. Esok je syg call. I’ll text you k. love you honey <3

        Dia sibuk rupanya. Tak apa lah. Tapi kenapa aku rasa tak sedap hati? Oh please Isya, fikir positif. Hisham banyak kerja tu. Hari pun dah malam. Baik aku tidur dulu.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………


              Pagi tu, aku terima satu mesej yang membuatkan hati aku hancur berkecai. Aku rasa tak percaya. Sumpah tak percaya.

From : Hisham
Sebenarnya syg, b tak angkat panggilan syg smlm sbb b ditunangkan dgn pilihan family b. b sndri tak tahu apa2 psal ni.

         Aku menyeka air mata aku dan terus membuat panggilan. Arghhhh ! Dia tak angkat la pulak. Betul ke ni? Dia saje nak kenakan aku ke? Perasaan aku bercampur baur. Tempoh percintaan yang sebegini singkat? Tak mungkin! I love him.
         Tengah hari itu, aku mencuba untuk menelefon Hisham semula. Dan panggilanku diangkat………….

“err. Hello, assalamualaikum b.”
“waalaikumussalam. Syg, are you okay. I’m so sorry.”
“sampai hati awak kan? Awak penipu! Kenapa buat saya macam ni? Awak yang bagi saya harapan dan awak sendiri hancurkan! Saya tahu saya……….”
“shh. Listen to me dear. B mmg tak tahu apa-apa pasal hal ni k. you know how much I love you. Jangan menangis sayang..”
shut up! Saya tak nak dengar apa-apa lagi. You are too much. Saya sedar saya tak cantik tapi awak tak ada hak nak hancurkan hati saya!”
“sayang………”
              Tut tut. Aku terus matikan talian. Hatiku terlalu sakit waktu ini. Kenapa dia tak bantah? Takkan dia tak tahu yang aku terlalu mencintai dia? Dia cinta pertama aku!

……………………………………………………………………………………………………………………………………………


              Setelah 2 hari aku matikan telefon, aku menghidupkannya semula. Banyaknya missed calls! Famous bebenor aku ni. Hu hu hu. Kebanyakan missed call datang dari Hisham. Rindunya aku pada dia. Walaupun hati aku ni sakit, aku tetap percayakan Hisham. Hati ini merintih rindukan dia. Walaupun begitu, Maisara Alisya dah nekad, akan putuskan hubungan ini.
              Aku terus menelefon Hisham.
“ hello, assalamualaikum”
“sayang! Kenapa off phone selama 2 hari ni? B risau tau tak.”
you don’t have to worry about me. The person that you need to give all your attention is your fiancée. Saya call awak pun cuma sebab nak tahu everything.”
“ actually sayang, b sendiri pun tak tahu menahu pasal hal ni. The person that I only love is you. No one else can take your place in my heart.”
saya percayakan awak. Tapi…. Kita kena putus. Saya tak nak jadi orang ketiga dalam hubungan kalian. That’s all I want to say. Yang terakhir kalinya, saya cuma nak ucapkan ribuan terima kasih pada awak sebab sanggup melayan karenah saya selama ini dan terima kasih banyak-banyak sebab dah robek perasaan saya. Bye. Assalamualaikum.”
         
           Aku terus mematikan telefon aku kembali. Aku menghamburkan air mata aku semahu-mahunya. Hati ini terlalu sakit apabila aku menuturkan ayat tadi. Apa betul keputusan aku ini? Tidak terburu-buru ke aku?

……………………………………………………………………………………………………………………………………………


             Seminggu selepas perpisahan aku dan Hisham, aku keluar merayau untuk menenangkan diri. Aku ni pun, tengah pandu kereta pun nak nangis. Wahai hati, tolonglah berhenti memaksa mata ini mengeluarkan air mata kerana air mata seorang wanita sangat mahal. Tak ternilai harganya.
                Tanpa aku sedari, aku dah merayau sakan sampai membawa diri ke Melaka. Apa??? Melaka?? Harap-harap aku tak terserempak dengan Hisham
                Amboi lajunya bawak motorsikal. Kang kemalangan baru padan muka. Kenapa yang depan tu macam Hisham dan pemboncengnya perempuan?? Aku kena follow ni. Selama 15 minit aku mengekori mereka. Tiba- tiba mereka berhenti. Si perempuan turun dan membeli aiskrim. Aku turun dari kereta  cuba mendekati pasangan merpati dua sejoli tersebut.
          Dia memang Hisham!!!!!!! Mereka kelihatan sangat mesra. Nasib baik ada pokok ni untuk aku berpaut, kalau tidak, pasti aku tumbang kerana terlalu terkejut. Keputusan aku untuk memputuskan hubungan aku dan Hisham sememangnya tepat.
             Aku terus mara ke arah mereka. Hisham ternyata kaget dengan kehadiranku. Aku tersenyum ke arah si gadis lantas bertanya “ awak tunang Hisham ye?” gadis manis itu cepat saja menganggukkan kepala dan belum sempat dia membuka mulut untuk menanya siapa aku….
               Pang!!! Satu tamparan hinggap di pipi Hisham. Fuhhh. Lega sekejap hati aku ni. Aku terus berlalu pergi dari situ dan pulang ke rumah. Di sepanjang perjalanan, hati aku tak habis menyumpah diri sendiri kerana percayakan Hisham yang kononnya bertunang dengan pilihan keluarga. Air mata turut berjujuran kerana aku ditipu cinta pertamaku. Aku benci kau, Hisham!!!!!!!!!
          Dear diary,                                                                                                                           Cinta itu sesungguhnya memang buta. Aku pun buta dengan penipuan Hisham. Dia dah hancurkan hati aku sehingga serpihannya tidak dapat aku kutip lagi. Kenapa aku yang menjadi mangsa? Apa dosaku? Aku tak pernah minta perasaan ini hadir… Ya Allah, luputkan lah dia dari ingatanku kerana aku tak terdaya untuk menanggung seksa ini lagi. Amin.
                  Diari kesayanganku ditutup dan aku termenung untuk kesekian kalinya. Mengharap akan ada orang lain yang bakal menghulur kasih untukku dan jujur buatku…..  Luka di badan boleh nampak namun luka di hati hanya aku dan Maha Esa yang tahu.

Tuesday, 3 January 2012

puisi khas untuk kekasih

  Memang benar kata pujangga...
Cinta itu indah...
  Diserikan pula olehmu sayang....
Beribu bintang di langit...
  Seluas lautan yang sepi....
Sebesar mana alam semesta...
  Masih tidak mampu...
Untuk menandingi cintaku padamu...
  

  Andai pungguk rindukan bulan...
Juliet merindui Romeo kekasihnya..
  Aku pula terlalu rindukanmu sayang...
Mungkin butir bicara seindah bahasa...
  Makanan dimasak sesedap perasa...
Cinta kita terlalu bahagia..
  Gelarlah aku apa sahaja...
Gila , jiwang atau apa sahaja...
  Memang cintaku gila..
Bahkan terlalu gila...